CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 602|Reply: 3

[Politik] Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan sertai DAP

[Copy link]
Post time 23-7-2023 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan sertai DAP


HUI Ying (tiga, kanan) menerima borang keahlian DAP daripada Mohd Zulkifli (dua, kiri) di sini malam tadi.


Kota Bharu: Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan Mohd Zulkifli Zakaria menyertai DAP selepas menyerahkan borang keahliannya kepada wakil parti berkenaan malam tadi.

Turut menyertai beliau ialah 12 orang penaja cawangan DAP yang akan diwujudkan di Bachok dalam tempoh waktu terdekat.

Mohd Zulkifli berkata, ketika ini sudah ada dua cawangan DAP dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Irama di Parlimen Bachok, dan banyak lagi cawangan akan diwujudkan di dalam kawasan DUN Jelawat serta Tawang, yang juga berada dalam kawasan Parlimen Bachok.

"Kita juga akan turun membantu jentera DAP, Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keahliannya itu kepada Pengerusi DAP negeri Datuk Azaha Abdul Rani.

Turut hadir, Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying.

Sebelum ini semua jawatan yang disandang Mohd Zulkifli dalam Bersatu gugur secara automatik selepas beliau bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), tahun lalu.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kelantan-sertai-dap

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2023 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Good luck

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 01:16 PM | Show all posts
LANTAK kau lah.  gadai je semua yang berbaki ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolongla jangan kutip sebarangan orang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 1.108329 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list