View: 181|Reply: 0
|
Sah tinggalkan Bayern, Mane hampiri Al-Nassr
[Copy link]
|
|
SADIO MANE
MUNICH, Jerman: Bintang sensasi Senegal, Sadio Mane dalam persediaan meninggalkan Bayern Munich selepas bersetuju untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Nassr.
Pemain berusia 31 tahun itu bergelut untuk memberi impak di Jerman pada musim pertamanya sejak tiba dari Liverpool dengan yuran perpindahan 53 juta pound (RM310 juta) pada musim panas lalu.
Kedudukan Mane dalam skuad semakin goyang menjelang penghujung musim lalu selepas dia digantung oleh Bayern kerana menumbuk rakan sepasukannya, Leroy Sane.
Pemain sayap itu sebelum ini dikaitkan dengan kepulangan Liga Perdana Inggeris (EPL), namun portal Perancis, L’Equipe melaporkan, dia hampir berpindah ke Liga Pro Saudi.
Mane dikatakan telah mencapai persetujuan secara prinsip dengan Al-Nassr, dan kelab Arab itu perlu memuktamadkan perjanjian dengan Bayern.
Al-Nassr menandatangani Cristiano Ronaldo, Disember lalu dan aktif membawa masuk beberapa pemain seperti Seko Fofana dari Lens dengan harga 21.5 juta pound (RM126 juta) dan Marcelo Brozovic dari Inter dengan 15.5 juta pound (RM90 juta).
Bayern dikatakan sedia menjual Mane pada harga 15 juta euro (RM76.08 juta).
Bercakap hujung minggu lalu, Thomas Tuchel menjelaskan, Mane mungkin akan meninggalkan Bayern pada musim panas ini.
“Dia (Mane) tidak mencapai jangkaan bermain di sini. Situasi persaingan sangat tinggi dan kedudukan permulaan bukan mudah untuknya.
“Dia juga tahu keadaan ini, bahkan tentang pendapat saya dan pendapat kelab, dia tahu itu,” katanya. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... e-hampiri-al-nassr/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|