View: 149|Reply: 0
|
Varane sokong keberanian ten Hag pecat Maguire
[Copy link]
|
|
VARANE (tengah) menyokong keputusan Ten Hag (kanan) melucutkan jawatan Maguire sebagai kapten Manchester United. FOTO REUTERS
Manchester: Raphael Varane menyokong keputusan Erik ten Hag melucutkan jawatan kapten Manchester United daripada Harry Maguire dan menyerahkan lilitan lengan kepada Bruno Fernandes.
Fernandes disahkan sebagai kapten tetap baru Red Devils, semalam, dengan Varane memakai lilitan lengan itu pada dua perlawanan pramusim setakat ini.
Ahad lalu, Maguire mengumumkan dia dilucutkan jawatan itu oleh Ten Hag, namun berita itu tidak mengejutkan kerana pemain antarabangsa England itu kerap terpinggir pada musim lalu.
Malah, Ten Hag tidak memberitahu siapa akan memakai lilitan lengan itu sebelum perjumpaannya dengan Maguire.
Namun, Varane mengesahkan tindakan ten Hag itu menunjukkan karakter yang United perlukan untuk kembali dominan dalam bola sepak Inggeris.
"Dia mahu membentuk pasukan dengan karakter dan dia adalah pemimpin, jadi dia perlu menunjukkannya.
"Dia tidak takut untuk membuat keputusan dan mengambil tanggungjawab. Itu yang kami jangkakan daripada pengurus.
"Dia berani melakukannya, jadi saya fikir dengan perkara seperti ini, anda sendiri menunjukkan contoh," katanya kepada ESPN.
"Dia tahu apa yang dimahukannya dan menunjukkan keinginannya. Sejak hari pertama, kami tahu apa yang perlu dilakukan dan ke arah mana dia mahu pergi.
"Ia sudah jelas buat semua pemain dan bagi pasukan, kami memiliki hubungan baik dengan pengurus.
"Kami perlu pemain dengan karakter dan personaliti. Jika mahu menang trofi utama, anda perlukan karakter itu.
"Perbezaan antara pasukan yang bagus dengan pasukan utama kadang kala berkaitan dengan mental."
Fernandes kerap memakai lilitan lengan sebagai kapten sejak ketiadaan Maguire, musim lalu.
Bagaimanapun, pada ketika Varane gembira untuk melihat peningkatan pemain tengah itu, Maguire mengakui tidak puas hati dengan tindakan ten Hag itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-hag-pecat-maguire |
|
|
|
|
|
|
| |
|