CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269|Reply: 0

[Kedah] Bantu promosi produk desa

[Copy link]
Post time 15-7-2023 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Bantu promosi produk desa


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



ROSNANI (kanan) menunjukkan produk keluaran Lekoshow Pulau Tuba, Langkawi dalam Mini KUD@sungai Petani yang berlangsung di Dataran Amanjaya pada 14 hingga 16 Julai ini. FOTO Zuliaty Zulkiffli




Sungai Petani: Program Karnival Usahawan Desa (KUD) Sungai Petani yang berlangsung di Dataran Amanjaya, di sini membantu golongan usahawan desa di kawasan utara menjual produk keluaran mereka.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Julai itu akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Kemajuan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ramlan Harun.

Program Mini Karnival Usahawan Desa siri 1 sebelum ini diadakan di Nilai, Negeri Sembilan.

Ia adalah promosi tahunan dijalankan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam usaha membantu mempromosikan produk desa sekali gus membantu meningkatkan pendapatan usahawan .

Timbalan Pengurus Besar (Koperasi), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Khairul Azmeer Abu Bakar berkata, program KUD ini membabitkan seramai 100 usahawan dari pelbagai agensi dan jabatan di bawah KKDW.

Karnival ini juga membabitkan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), FELCRA Berhad dan KEDA.

"Sebanyak 100 gerai jualan usahawan disediakan di sini untuk menjual produk keluaran mereka kepada pengunjung yang hadir.

"Selain itu kita bawakan kelainan iaitu konsep Rural Tourism Pavilion (RTP) untuk mengetengahkan produk usahawan yang menerima bantuan di bawah KEDA.

"Kita bawa Crab Farm dari Kubang Badak, Langkawi serta kelulut Valley dari Sik serta Lekoshow dari Pulau Tuba, Langkawi selain beberapa produk lain untuk jualan kepada pengunjung hari ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Khairul Azmeer berkata, karnival KUD ini juga turut menyediakan laman ternakan dengan sebanyak 45 spesis haiwan ternakan seperti arnab, lembu Sado, landak raya, rusa, kuda serta banyak lagi.

Beliau berkata, pengunjung juga berpeluang menunggang kuda dan rusa di sekitar kawasan ini serta bermain dengan arnab di laman ternakan haiwan yang disediakan.

"Program ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam sepanjang tiga hari karnival berlangsung," katanya.

Selepas Kedah, Mini KUD akan dianjurkan di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor bermula 21 sehingga 23 Julai depan.

Dalam karnival ini juga turut disediakan jualan daging rahmah serendah RM30 berbanding RM40 sekilo serta gunting rambut rahmah bagi lelaki serendah RM5 seorang sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung.



ORANG ramai yang mengunjungi laman ternakan di Mini KUD@Sungai Petani yang berlangsung di Dataran Amanjaya. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Usahawan Lekoshow Pulau Tuba, Langkawi, Rosnani Ghazali berkata, KEDA banyak membantu golongan surirumah sepertinya dengan bantuan peralatan penghasilan keropok lekor dengan bimbingan secara berterusan.

Beliau berkata, dia yang sudah tiga tahun berkecimpung perniagaan keropok lekor dan penghasilan sos bersama rakan-rakan amat berterima kasih kepada KEDA dan KKDW kerana membantu usahawan sepertinya.

"Saya menjalankan perniagaan inj bersama tiga rakan yang juga surirumah untuk menjana pendapatan bagi menyara keluarga.

"Sebelum ini kami menghasilkan produk secara manual menggunakan tangan namun dengan bantuan yang diberikan, kami mampu menghasilkan produk dengan cepat," katanya.

Usahawan produk kecantikan, Norshaza Khatab, 34, berkata, KEDA banyak membantu meluaskan perniagaan dengan memberi bimbingan kelas bagaimana untuk meluaskan perniagaan serta memberi geran sokongan perniagaan.

Katanya, dia pada mulanya menjalankan perniagaan kecilan sebelum ini sebelum melantik ejen sebelum menjalankan perniagaan secara dalam talian.

"Perniagaan wangian seperti minyak wangi, wangian badan serta pewangi kereta kini mendapat sambutan menggalakkan dengan bantuan dan sokongan daripada kerajaan," katanya.

Selain itu, Pengurus Kafolakto Station, Nurashimi Che Mat, 43 berkata, dia menceburi bidang perniagaan itu ketika pandemik Covid-19 tiga tahun lalu selepas berhenti kerja di sebuah agensi kerajaan di sini.

Katanya, program mini karnival seperti ini banyak membantu golongan usahawan sepertinya mengembangkan perniagaan yang dijalankan bersama suaminya, Zairi Tajuddin, 48.

"Sebelum ini saya berniaga di rumah sebelum berniaga di tepi jalan dan seterusnya membuka sebuah kiosk di Wisma Ria, di sini.

"KEDA banyak membantu dari segi sumbangan peralatan seperti mesin kopi serta pengisar dan hampas kopi yang dikisar dijual sebagai pewangi kereta," katanya.



Disiarkan pada: Julai 15, 2023 @ 7:02am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 1.201706 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list