CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mayat wanita terapung berhampiran bot nelayan

[Copy link]
Post time 13-7-2023 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Mayat wanita terapung berhampiran bot nelayan


Zuhainy Zulkiffli



MAYAT wanita warga emas ditemukan terapung berhampiran bot nelayan. FOTO Ihsan Bomba




UTARA: Mayat wanita warga emas ditemukan terapung berhampiran bot nelayan

Bayan Lepas: Mayat wanita dipercayai warga emas ditemukan di dalam longkang di Medan Pantai Jerjak di sini, hari ini.

Mayat dipercayai berusia lewat 60-an itu ditemukan terapung berhampiran bot nelayan dalam keadaan berpakaian lengkap.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Mohamad Hirman Mat Rodzi berkata, pihaknya menerima panggilan dari polis berhubung penemuan itu pada 11.45 pagi.

"Pasukan penyelamat kemudian membantu mengangkat mayat wanita berkenaan yang memakai kemeja T dan seluar berwarna hitam serta kasut sukan," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Mohamad Hirman berkata, tiada pengenalan diri ditemukan bersama mangsa.

"Mayat wanita itu terlebih dahulu ditemukan oleh orang awam sebelum mereka menghubungi pihak polis.

"Kes diserah kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat," katanya.



Disiarkan pada: Julai 13, 2023 @ 8:37pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.052337 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list