CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penduduk Pulau Pinang tak sabar naik feri baharu

[Copy link]
Post time 13-7-2023 11:58 AM | Show all posts |Read mode

Perkhidmatan katamaran baharu sedia beroperasi kepada orang awam secara percuma selama sebulan bermula 7 Ogos ini di Pulau Pinang.

SEBERANG PERAI – Rata-rata penduduk Pulau Pinang teruja dengan reka bentuk feri atau katamaran baharu yang bakal menjadi ikon unik Pulau Mutiara bermula Ogos ini.

Penduduk di pulau itu me­nyatakan kegembiraan apabila ikonik pengangkutan feri kembali disediakan bagi menghubungkan pulau itu dengan tanah besar.

Seorang penunggang motosikal, B. Chandran, 46, berkata, perkhidmatan feri baharu itu sememangnya ditunggu-tunggunya sejak sekian lama memandang­kan dia sering berulang-alik dari rumahnya di Bagan Dalam ke George Town melalui jambatan.

“Saya ada lihat gambar feri (baharu) itu dalam Facebook. Boleh tahan (menarik). Nampak moden dan canggih,” ujar bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Jelasnya, rekaan moden pada feri baharu itu cukup membuktikan Pulau Pinang kini berada setanding dengan negara-negara maju lain.

Seorang tokoh penggiat seni tempatan, Omar Md. Hashim, 68, atau lebih dikenali sebagai Omara pula memberitahu, walaupun reka bentuk feri baharu ini tidak sama seperti sebelum­nya, namun dia percaya ia tetap memberi banyak manfaat kepada seluruh penduduk termasuk pelancong luar dan tempatan.

Jelas Omara, sebagai anak jati Pulau Pinang, dia tidak sabar untuk menggunakan perkhidmatan itu dan percaya perasaan yang sama turut dikongsi oleh warga Pulau Mutiara yang lain.


Tempat duduk penumpang yang disediakan dalam katamaran baharu yang sudah sedia menerima penumpang.

“Bagi saya, ‘tak kenal maka tak cinta’. Yang lama (feri) tetap di­sayang dan yang baharu juga akan kita sayang.

“Feri masih dan akan kekal sebagai ikon unik (pengangkutan) yang ‘melambangkan’ wajah Pulau Pinang,” katanya kepada ­Kosmo!.

Terdahulu, empat feri baharu yang dianggarkan bernilai RM18 juta setiap satu itu bakal bero­perasi di negeri ini mulai 7 Ogos ini dengan tambang percuma selama sebulan.

Katamaran baharu itu mampu menampung kapasiti kira-kira 250 penumpang dan 50 buah motosikal pada satu-satu masa ­dengan anggaran waktu perjalanan sekitar 10 minit berbanding 20 minit sebelum ini.

Sementara itu, seorang lagi­penunggang motosikal, Mohd. Iqbal Shamsuddin, 30, turut sama berkongsi keterujaannya untuk menggunakan perkhidmatan feri berkenaan.

“Sebenarnya, bukan saya ­sahaja yang teruja. Isteri dan anak-anak pun tumpang rasa seronok tidak sabar untuk naik feri baharu ini,” jelasnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... r-naik-feri-baharu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.908333 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list