View: 155|Reply: 0
|
Kelab Arab tawar Henderson gaji empat kali ganda
[Copy link]
|
|
HENDERSON menjulang trofi Piala FA pada 2022.
London: Jordan Henderson dilapor berminat untuk bergabung semula dengan Steven Gerrard selepas ditawarkan gaji empat kali ganda berbanding yang diterimanya di Liverpool.
Pemain antarabangsa England itu menimbangkan dengan serius tawaran beraksi di Liga Pro Saudi dan peluang kembali bekerja sama dengan bekas rakan sepasukannya di Anfield itu.
Henderson, 33, sebelum ini tampak tidak berminat dengan tawaran terbabit bagi memastikan impiannya beraksi Euro 2024 tidak terjejas.
Namun menurut laporan Athletic, kapten Liverpool itu ditawarkan terma kontrak yang sukar ditolak.
Henderson dipercayai berpendapatan £190,000 (RM1.14 juta) seminggu bersama Reds dan pemenang Liga Perdana itu tidak perlu membayar sebarang cukai di Timur Tengah.
Dia yang berbaki dua tahun kontrak di Anfield dijangka berunding dengan pengurus Liverpool Jurgen Klopp sebelum membuat keputusan besar mengenai masa depannya.
Apa yang bakal diperkatakan Klopp kepada Henderson mengenai peranannya musim depan turut menjadi faktor dalam usaha Reds mencabar Manchester City sekali lagi.
Klopp menandatangani Alexis Mac Allister dari Brighton dan pemain Hungary Dominik Sbozoszlai bagi memperkuatkan bahagian tengah pada musim panas ini dan dia turut menurunkan Alexander-Arnold di bahagian itu pada lewat musim lalu.
Henderson yang mempunyai 77 kap bersama Three Lions tahu perpindahan ke Arab Saudi mungkin menjejaskan peluangnya tersenarai dalam skuad Gareth Southgate ke Jerman pada musim panas akan datang susulan taraf liga yang lebih rendah.
England hampir pasti layak ke Euro 2024 dan Henderson kekal menjadi tonggak dalam perancangan Southgate.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ji-empat-kali-ganda |
|
|
|
|
|
|
| |
|