View: 164|Reply: 0
|
Onana pernah gagal ujian dadah, gaduh dengan Ten Hag
[Copy link]
|
|
Penjaga gol Inter Milan, Andre Onana (kanan) beraksi di bawah kendalian Erik ten Hag di Ajax Amsterdam selama lima tahun. – Foto AFP
LONDON: Dia pernah gagal ujian dadah, disingkirkan daripada pasukan kebangsaan dan pernah bertelagah dengan bos yang kini mahukannya kembali.
Namun Andre Onana adalah pemain yang dipercayai Erik Ten Hag mampu melonjakkan Manchester United ke satu tahap yang menghampiri zaman kegemilangan mereka.
Kemelut perpindahan penjaga gol Cameroon itu sepanjang musim panas ini dilihat semakin hampir dimuktamadkan dengan tawaran £43 juta (RM259 juta) difahamkan diterima Inter Milan.
Jelas bos United, Ten Hag tidak menyimpan sebarang dendam apabila beliau memburu penjaga gol yang "tidak peduli."
Beliau juga membuka pintu kepada Dean Henderson untuk kembali ke Old Trafford selepas beraksi secara pinjaman di Nottingham Forest sepanjang musim lalu.
Jadi apabila Ten Hag berselisih faham dengan Onana ketika di Ajax, sebarang kerjasama pada masa depan mungkin agak mustahil.
Bagi Ten Hag, ketika United memulakan kempen pramusim menentang Leeds United di Oslo esok dengan pemain baharu Mason Mount dijangka membuat penampilan sulung, keupayaan mengatasi permusuhan.
Apabila beliau menjadi bos Ajax pada Disember 2017, Onana sudah menjadi penjaga gol utama, posisi yang dikekalkannya hingga Februari 2021 apabila dia digantung kerana kesalahan dadah.
Penjaga gol dengan ketinggian 1.90 meter itu secara tidak sengaja mengambil ubat isterinya ketika mencari aspirin.
Ten Hag kemudian melihat masalah tahap kecergasan pemain itu apabila dia mula membuat kesilapan dalam permainannya – hampir sama seperti David de Gea musim lalu – lantas menggugurkannya bagi final Piala Belanda.
Onana memberitahu penyokong Ajax dia "tidak peduli" apabila mereka mengejeknya selepas satu kesilapan sebelum dia berpindah ke Inter Milan.
Namun Ten Hag tidak melupakan kualitinya, terutama sumbangannya apabila memulakan gerakan dari bawah.
Onana juga disingkirkan daripada pasukan oleh pengurus Cameroon, Rigobert Song pada Piala Dunia Qatar 2022 kerana kecenderungannya untuk bertindak lebih daripada sebagai seorang penjaga gol. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... aduh-dengan-ten-hag |
|
|
|
|
|
|
| |
|