|
RICCIARDO melayan peminat di Silverstone, minggu lalu.
London: Daniel Ricciardo kembali ke perlumbaan Formula Satu (F1) bersama pasukan AlphaTauri dari Hungary minggu depan selepas menggantikan Nyck de Vries untuk baki saingan musim ini, menurut pemilik pasukan terbabit Red Bull, awal pagi tadi.
Ricciardo berlumba untuk pasukan itu pada 2012-13 ketika mereka dikenali Toro Rosso sebelum menyertai Red Bull bermula 2014 sehingga 2018 dan menjuarai tujuh perlumbaan.
Pelumba Australia itu meninggalkan McLaren tahun lalu selepas digantikan rakan senegara Oscar Piastri dan dijangka hanya menjadi pemandu simpanan Red Bull tahun ini.
"Saya gembira kembali ke litar bersama keluarga Red Bull," kata Ricciardo dalam satu kenyataan.
De Vries berdepan kesukaran musim ini dan pemergiannya tidak mengejutkan selepas pemandu Belanda itu gagal mendapat sebarang mata dan menduduki tempat tercorot carta pemandu.
"Saya bangga mengalu-alukan kedatangan semula Daniel ke pasukan ini," kata prinsipal pasukan AlphaTauri Franz Tost.
"Tiada keraguan mengenai skil pemanduannya dan dia juga mengenali ramai daripada kami. Jadi integrasinya lebih mudah. Pasukan juga akan mendapat manfaat daripada pengalaman luasnya sebagai juara lapan kali pemenang Grand Prix F1.
"Saya berterima kasih kepada Nyck di atas sumbangannya ketika bersama kami dan saya mendoakan yang terbaik untuknya di masa hadapan."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kokpit-alpha-tauri |
|