|
RUSSELL ketika diperkenalkan di Litar Silverstone. FOTO Reuters
Silverstone: Pasukan Formula Satu (F1) di sini bersiap sedia dengan strategi jika terdapat bantahan atau kekecohan daripada pihak Just Stop Oil ketika Grand Prix (GP) Britain, hari ini.
Pemandu AMG Petronas, George Russell berkata, terdapat risiko pembantah Just Stop Oil memasuki trek di sini, nanti.
"Mereka sudah membuat bantahan di beberapa pertandingan di Britain setakat ini dan kami perlu mempertimbangkan strategi juga.
"Jika kami mempunyai pelan untuk memasuk pit awal, terdapat risiko lebih tinggi jika perlumbaan berhenti buat seketika," katanya ketika menemui peminat di sini, hari ini.
Katanya, jika bendera merah dikibarkan, pasukan F1 mendapat 'pit stop' percuma.
"Ia satu keadaan unik dan kita perlu lebih dinamik dan lihat dahulu apa yang berlaku," katanya.
Kumpulan berkaitan perubahan iklim itu berikrar untuk 'terus mengganggu acara sukan dan kebudayaan' sehingga kerajaan di sini mengambil tindakan 'bermakna' untuk menghentikan penerokaan bahan api fosil selanjutnya di United Kingdom.
Antara acara yang diganggu sebelum ini termasuk Wimbledon, Ujian Ashes kedua di Lord's, perlawanan akhir ragbi Liga Perdana di Twickenham dan Kejohanan Snuker Dunia.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kumpulan-pembantah |
|