View: 136|Reply: 0
|
Arsenal dijangka akan terus hantui City selepas ikat Rice
[Copy link]
|
|
RICE dijangka akan menjadi tonggak utama Arsenal. -FOTO AFP
London: Harry Redknapp menamakan pesaing terbesar Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim adalah Arsenal, Manchester United, Liverpool dan Chelsea yang mampu mencabar kejuaraan.
Manchester City memenangi kejuaraan liga ketiga berturut-turut musim lalu selepas menewaskan Arsenal di akhir musim ini.
The Gunners berada di puncak selama 248 hari tetapi tumbang menjelang akhir kempen dan menamatkan lima mata di belakang pemenang treble Pep Guardiola.
Manchester United menduduki tempat ketiga pada musim pertama Erik ten Hag di Old Trafford dan turut menjulang trofi pertama mereka sejak 2017, menewaskan pasukan tangga keempat Newcastle dalam perlawanan akhir Piala Liga.
Liverpool hampir terlepas Liga Juara-Juara buat kali kedua di bawah kendalian Jurgen Klopp, manakala Chelsea hanya menduduki tempat ke-12 dalam Liga Perdana selepas kempen buruk di bawah tiga pengurus berbeza.
Manchester United, Liverpool dan Chelsea semua berharap untuk menewaskan City musim depan tetapi bekas pengurus Liga Perdana itu, Redknapp menjangkakan Arsenal akan menjadi 'cabaran utama' untuk tahun kedua berturut-turut selepas menandatangani Declan Rice.
The Gunners bersedia untuk menggunakan Rice, pemain baru yang ditandatangani kelab mereka selepas bersetuju untuk membayar West Ham lebih £100m (RM599.32 juta) untuk pemain tengah England itu.
'Saya kesal melihat dia meninggalkan West Ham,' Redknapp memberitahu GB News.
"Saya berharap West Ham akan mengekalkannya untuk beberapa tahun lagi sekurang-kurangnya.
"Tetapi saya fikir dia pasti akan meningkatkan peluang Arsenal untuk menamatkan saingan di atas Man City tahun depan dan ia tidak mudah.
"Man City akan pilihan utama sekali lagi. Tetapi Arsenal mempunyai beberapa pemain yang bagus, saya fikir mereka akan menjadi sangat kuat.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... y-selepas-ikat-rice |
|
|
|
|
|
|
| |
|