CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 1

[Pulau Pinang] PRN: Pilih perpaduan bukan perpecahan - Chow

[Copy link]
Post time 9-7-2023 11:47 PM | Show all posts |Read mode
PRN: Pilih perpaduan bukan perpecahan - Chow


Nur Izzati Mohamad
[email protected]





Butterworth: Rakyat Pulau Pinang ditawarkan tiga pilihan yang memberi manfaat terhadap mereka sekiranya memberi peluang sekali lagi kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) menerajui tampuk pemerintahan negeri itu.

Tiga pilihan berkenaan adalah memilih perpaduan dan bukan perpecahan, meneruskan pembangunan dan bukan kemunduran serta perjuangan dalam menegakkan hak wanita.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, tiga pilihan itu adalah mesej jelas terhadap dasar yang ingin diteruskan dalam memacu Pulau Pinang menjadi negeri yang maju.

"Apa yang disuarakan ini adalah sangat jelas dan mudah difahami. Pertamanya kita mahu perpaduan dan bukannya perpecahan.

"Kedua kita mahu melihat Pulau Pinang terus maju dengan pembangunan dan bukan terus mundur serta ketiga mahu terus memperkasakan agenda wanita," katanya ketika ditemui selepas
Majlis Pelancaran Rapat Umum Wanita Bangkit di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini, hari ini.



Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Majlis Pelancaran Rapat Umum Wanita Bangkit di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini. FOTO DANIAL SAAD

Mengulas lanjut, Chow dalam ucapannya mengakui bahawa tentangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) amat sengit namun percaya bahawa gabungan PH bersama parti yang memilih perpaduan dapat menerajui pentadbiran memandangkan dasar yang jelas.

"Memang kita faham cabaran ekonomi ketika ini yang kos sara hidup menjadi perhatian utama rakyat.

"Apa yang sudah dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tujuh bulan kita memerintah adalah sedang memulihkan keadaan yang kita yakin rakyat dapat pulihkan keadaan ekonomi keluarga masing-masing selepas ini.

"Di Pulau Pinang, kita juga melakukan pelbagai usaha dan inisiatif terhadap rakyat selepas 15 tahun memerintah yang kita akan terus memberikan yang terbaik," katanya.



Disiarkan pada: Julai 9, 2023 @ 9:38pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2023 11:48 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.706852 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list