CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

[Sarawak] Ibu bapa diseru beri perhatian, galakan dalam proses mendidik anak-anak

[Copy link]
Post time 9-7-2023 06:27 PM | Show all posts |Read mode


Harden (empat kiri) menyampaikan hadiah cemerlang kepada seorang pelajar sambil diperhatikan Noorazah (tiga kanan), Abdul Rahman (dua kanan) serta yang lain pada program berkenaan.

SRI AMAN: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis menyeru ibu bapa memberi perhatian dan galakan dalam proses mendidik anak-anak.

Menurut beliau, ramai pelajar yang berjaya dalam pelajaran adalah hasil didikan cemerlang ibu bapa, para guru dan pihak sekolah secara keseluruhan.

"Sebagai ibu bapa, kita harus memberikan galakan kepada anak-anak kita sehingga mereka mencapai apa yang mereka inginkan," ujarnya.

"Apa yang penting, apabila mereka sudah berjaya kelak, kita sebagai ibu bapa harus memberi insentif kepada mereka sebagai pencetus semangat dan dorongan agar mereka lebih berjaya,” jelasnya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Ekspo Pendidikan Sarawak Daerah Sri Aman dan Lingga di salah sebuah hotel di sini.

Hadir sama pada program berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor serta Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman Abdul Rahman Muhiyuddin.

Harden menjelaskan, gaya kehidupan lapuk iaitu membelakangkan pendidikan perlu ditinggalkan, sebaliknya ibu bapa perlu mengiktiraf bahawa pendidikan adalah teras utama bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

"Tanpa ilmu pengetahuan yang mencukupi sukar untuk kita mencapai kejayaan yang cemerlang.

“Pendidikan adalah kunci untuk menjamin kesenangan pada masa depan," tambahnya.

Dalam pada itu, Harden turut menyeru ibu bapa supaya menabung untuk kegunaan anak-anak pada masa depan, khususnya apabila mereka melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

"Kita sebagai ibu bapa seharusnya mengambil inisiatif untuk menabung sedikit wang bagi kegunaan masa depan anak-anak kita bermula dari sekarang.

“Kita tidak mahu kalau anak kita berjaya melanjutkan pelajaran kelak, mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi," katanya.

"Wang tabungan sedikit sebanyak pasti akan meringankan beban kita untuk membayar yuran pengajian mereka sementara menunggu pinjaman mereka diluluskan,” katanya.

Tambahnya, terdapat segelintir ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak mereka belajar ke institusi pengajiantinggi (IPT) awam atau swasta dengan alas an tidak mempunyai kewangan yang mencukupi.

"Jika menabung diamalkan sejak dahulu lagi, kita percaya tiada masalah untuk merealisasikan hasrat anak-anak kita menjejakkan kaki ke menara gading.

"Wang untuk pendidikan ibarat pelaburan jangka panjang yang akan membawa keuntungan apabila anak-anak kita besar kelak," katanya.

Pada majlis berkenaan, Harden turut diberi penghormatan menyampaikan Hadiah Cemerlang SPM Yayasan Sarawak kepada pelajar Cemerlang SPM 2022.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.047838 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list