View: 190|Reply: 0
|
Kang In teruja sertai PSG
[Copy link]
|
|
Pemain Korea Selatan, Lee Kang In tersenyum bangga selepas menandatangani kontrak bersama PSG hingga 2028 di Paris, awal pagi tadi. – Foto en.psg.fr
PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Korea Selatan, Lee Kang In dari Real Mallorca, umum juara Ligue 1 Perancis itu awal pagi tadi.
Pemain berusia 22 tahun itu menjadi pembelian keempat PSG pada jendela perpindahan musim panas kali ini.
"Amat menakjubkan untuk mampu menyertai Paris Saint-Germain, ia satu daripada kelab terbesar di dunia, dengan menampilkan beberapa pemain terhebat di dunia," kata Kang In dalam satu kenyataan.
"Saya tidak sabar untuk memulakan perjalanan baharu ini."
Reaksi pemain Korea Selatan, Lee Kang In ketika menentang Ghana pada Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Education City, Al Rayyan pada November lalu. – Foto REUTERS
Kang In menembusi pasukan utama di Valencia sebagai pemain sayap selepas membentuk karier sebagai pemain akademi di kelab itu, tetapi juga boleh beraksi di bahagian tengah.
Dia menjaringkan enam gol dalam 39 perlawanan bersama Mallorca musim lalu dan mengumpul 14 penampilan antarabangsa, termasuk beraksi dalam semua empat perlawanan Korea Selatan pada Piala Dunia tahun lalu.
Kang In mengikut jejak langkah Marco Asensio, Milan Skriniar dan Manuel Ugarte menyertai PSG pada musim panas ini.
Kelab ibu negara itu turut menggantikan jurulatih Christophe Galtier dengan bekas pengendali Barcelona dan Sepanyol, Luis Enrique. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... g-teruja-sertai-psg |
|
|
|
|
|
|
| |
|