View: 180|Reply: 0
|
Pemain PSG geram komen Mbappe
[Copy link]
|
|
Penyerang utama Kylian Mbappe masih mempunyai baki kontrak 12 bulan bersama juara Ligue 1 Perancis, PSG. – Foto AFP
PARIS: Enam pemain Paris Saint-Germain (PSG) mengadu kepada presiden kelab Nasser Al-Khelaifi mengenai komen Kylian Mbappe ketika satu wawancara bersama majalah France Football baru-baru ini.
Kapten Perancis itu bercakap kepada majalah berkenaan mengenai keadaan semasa PSG pada 12 Jun lalu namun artikel itu hanya disiarkan kelmarin.
Menurut Sky Sports, dua daripada enam pemain yang menghubungi pemimpin kelab itu baru sahaja menyertai PSG pada musim panas ini.
Ketika diwawancara, Mbappe melabel PSG sebagai kelab yang 'berpuak-puak' dan menyatakan persembahannya dikritik secara tidak wajar kerana sukar baginya untuk menyerlah ketika beraksi di Perancis.
"Adakah orang meremehkan persembahan saya?" katanya kepada majalah itu. "Ya, tetapi pada masa sama, saya tidak menyalahkan mereka. Di Perancis, mereka melihat saya membesar, mereka melihat saya sepanjang masa, di PSG setiap hujung minggu atau bersama pasukan kebangsaan.
Penyerang PSG dan Perancis, Kylian Mbappe bercakap pada satu sidang akhbar di Yaounde, Cameroon ketika satu lawatan amal ke kampung halaman bapanya. – Foto AFP
"Saya sudah menjaringkan banyak gol selama bertahun-tahun. Jadi bagi sesetengah orang, ia menjadi satu kebiasaan. Saya tidak pernah merungut persembahan saya dipandang remeh.
"Saya sendiri, saya memandang remeh apa yang (Lionel) Messi lakukan, apa yang Cristiano Ronaldo lakukan, apa yang dilakukan oleh pemain hebat. Kami berada dalam masyarakat pengguna, yang mana 'ia bagus, tetapi lakukan lagi.
"Dan hakikatnya saya berada di Paris... Saya fikir bermain di Paris Saint-Germain tidak banyak membantu kerana ia satu pasukan yang berpecah-belah, kelab yang berpuak-puak.
"Jadi sudah tentu ia satu gosip yang menarik tetapi ia tidak mengganggu saya kerana saya tahu apa yang saya lakukan dan bagaimana saya melakukannya."
Komennya tidak disambut baik rakan sepasukannya di PSG dengan enam daripada mereka dilaporkan menghubungi Nasser membuat aduan.
Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi (kanan) bersama pengurus baharu kelab Luis Enrique di Parc des Princes awal minggu ini. – Foto AFP
Menurut laporan, dua daripada pemain itu baru sahaja tiba pada musim panas ini. Setakat ini pemain baharu adalah Manuel Ugarte, Milan Skriniar, Marco Asensio dan Hugo Ekitike.
Sementara itu, Mbappe diberi amaran dia mempunyai dua minggu untuk memutuskan masa depannya kerana dia tidak dibenarkan meninggalkan PSG secara percuma pada musim panas akan datang.
Mbappe menegaskan dia tidak akan menggunakan pilihan untuk menyambung kontraknya, bermakna dia akan menjadi ejen bebas pada Jun 2024.
Namun Nasser menyatakan pemain bintangnya meninggalkan kelab secara percuma sebagai 'mustahil' dan Mbappe, yang kini berada di negara kelahiran bapanya Cameron, berdepan kekangan masa untuk menentukan sama ada dia kekal atau meninggalkan kelab.
"Kami mahu dia kekal tetapi dia tidak boleh meninggalkan kelab secara percuma," tegas Nasser ketika majlis memperkenalkan pengurus baharu Luis Enrique awal minggu ini. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -geram-komen-mbappe |
|
|
|
|
|
|
| |
|