CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 621|Reply: 3

Britney Spears Dipukul Pengawal Peribadi Pemain Bola Keranjang

[Copy link]
Post time 7-7-2023 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Dakwaan Britney Spears dipukul pengawal peribadi kepada pemain bola keranjang Perancis, Victor Wembanyama, malam tadi kini dalam siasatan polis.


Ketika kejadian, Wembanyama berada di Las Vegas, menjelang perlawanan pertamanya dalam Liga Musim Panas NBA menentang Charlotte hari ini.




Britney Spears dan Victor Wembanyama - Sky News




Kehadirannya di sebuah restoran disedari peminat dan Spears turut berada di situ.


Media melaporkan, Spears ditolak pengawal peribadi Wembanyama, yang disifatkan suami penyanyi itu Sam Asghari, sebagai ganas dan di luar kawalan.


Jabatan Polis Las Vegas menyiasat dakwaan insiden itu, namun masih belum mengambil sebarang tindakan lain.


Wembanyama memberitahu pemberita selepas latihan, dia hanya mengetahui kehadiran Spears di restoran sama beberapa jam selepas makan malamnya.


"Ada seseorang memanggil saya tetapi kami bercakap sebelum ini dengan pihak keselamatan (untuk tidak) berhenti kerana ia akan membuatkan keadaan sesak dan tak terkawal.


"Orang itu sentuh saya dari belakang dan memanggil saya tuan… tuan… dan saya tidak nampak apa yang berlaku kerana saya terus berjalan.


"Saya tidak tahu soal kekerasan itu termasuk pihak keselamatan menolaknya (Spears) kerana saya terus berjalan dan menikmati makan malam yang enak," katanya.


Sementara itu, Spears berkata, dia hanya mahu meraikan dan mengucapkan tahniah kepada Wembanyama.


"Saya ternampak seorang atlet di lobi hotel ketika saya sedang menuju ke restoran untuk makan malam.


"Saya kemudian pergi ke restoran di hotel lain dan terserempak semula dengan dia dan memutuskan untuk mendekatinya dan mengucapkan tahniah atas kejayaannya.


"Saya kemudian menepuk bahunya untuk menarik perhatiannya. Saya sedar kenyataan pemain itu di mana dia menyebut saya menyentuh dia dari belakang, tetapi saya hanya menepuk bahunya.


"ihak pengawal peribadinya kemudian menepis dan kena muka saya serta menyebabkan cermin mata saya terjatuh," katanya dalam Instagram.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Britney yg dolu bukan Britney yg sekarang.
Xpasal kna bekhen sbb bodygad xkenal
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2023 01:06 PM | Show all posts
ko main tepuk2 belakang  dia dahtentu la bodyguard dia buat keje.tak timbul la ko mangsa kekerasan.x gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2023 02:24 PM | Show all posts
atleast taw juga la yg dia masih hidup n still ngn laki dia tu.. klau tidak mcm2 dorg speculate.. tp tu la.. BS skrg dh x semenggah.. syg btl..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 1.672304 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list