CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 0

Kontrak Lewis Hamilton tertangguh bukan sebab duit

[Copy link]
Post time 6-7-2023 12:51 PM | Show all posts |Read mode

MERCEDES menjelaskan bahawa kontrak Hamilton dengan pasukan itu tertangguh bukan disebabkan masalah kewangan sebaliknya memperincikan segala butiran akhir. – AFP

LONDON – Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff menafikan bahawa kelewatan pengumuman lanjutan kontrak antara mereka dan Lewis Hamilton bukan di­sebabkan masalah berkenaan duit semata-mata.

Tegas Wolff, ketika ini mereka sedang memperincikan segala butiran akhir sebelum kedua-dua pihak bersetuju dengan kontrak yang akan dimeterai tidak lama lagi.

Terdahulu, pengeluar Jerman itu telah melakukan beberapa siri perjumpaan untuk melakukan perbincangan dengan juara tujuh kali F1, Hamilton selama beberapa minggu yang lalu untuk melanjutkan kerjasama mereka pada musim depan.

Baru-baru ini, Mercedes dan Hamilton menyuarakan keyakinan bahawa perjanjian kontrak baharu mereka boleh dicapai dalam masa terdekat dengan beberapa pertemuan dua mata. Bagaimanapun, masih tiada ­sebarang perkembangan terbaharu berkenaan perkara tersebut.

Kelewatan itu telah mencetuskan spekulasi bahawa mungkin terdapat sekatan dalam perjanjian baharu itu, malah terdapat kemungkinan rundingan akan berakhir dimana Hamilton meninggalkan Mercedes.

“Kami mahu melakukannya dengan baik dan lebih terperinci, tetapi ini bukan perbincangan mengenai duit sama sekali. Ia mengenai masa depan dan kami mahu lakukan dengan betul. Kami tidak bercakap apa-apa lagi tentang wang dan hanya beberapa topik lain,” kata Wolff.

Menjelang perlumbaan GP British pada hujung minggu ini, Mercedes dikatakan bakal menurunkan perubahan besar pada jentera W14 mereka selepas aksi hambar pada GP Austria minggu lalu.

“Kami gembira dapat kembali berlumba pada GP Britiain selepas hujung minggu yang sukar di Austria minggu lalu. Pasukan telah bekerja keras untuk menganalisis dan mengambil pembelajaran minggu lalu.

“Kami akan menyasarkan untuk bangkit dan memberi tumpuan kepada pembangunan ­prestasi jentera. Seterusnya kami akan melihat kedudukan kami pada hujung minggu ini. Prestasi kami jelas bergantung kepada litar sekarang,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... h-bukan-sebab-duit/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.059904 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list