|
Brozovic sertai Ronaldo di Al Nassr
BROZOVIC (kanan) bersama Presiden Eksekutif Al Nassr, Ahmed al-Ghamdi menunjukkan jersi selepas menandatangani kontrak di Paris. FOTO Al Nassr Football Club / AFP
Riyadh: Pemain tengah Inter Milan dari Croatia, Marcelo Brozovic menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr dengan kontrak tiga tahun, umum kelab Liga Pro Saudi itu, hari ini.
Butiran kewangan mengenai rundingan itu tidak didedahkan, namun media Itali berkata, bayaran perpindahan adalah 18 juta euro (RM92 juta).
"Setiap orang mahukannya. Dia hanya mahukan kami. #BrozovicIsYellow," ciap Al-Nassr dalam Twitter.
"Jangan bimbang saya berada di sini. Saya pilih Al-Nassr," kata pemain antarabangsa Croatia itu.
Brozovic, 30, menyertai Inter pada 2015 dan membantu mereka memenangi kejuaraan Serie A pada musim 2020-21 selain dua trofi Piala Itali.
Dia turut berada dalam kesebelasan utama Inter yang tewas di final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di tangan Manchester City, Jun lalu.
Sebelum ini, legenda Portugal, Cristiano Ronaldo menyertai Al Nassr pada Januari lalu, yang memulakan trend penghijrahan nama besar ke negara Teluk itu.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ronaldo-di-al-nassr
|
|