View: 147|Reply: 0
|
De Gea, Ronaldo sedia bergabung di Arab Saudi
[Copy link]
|
|
Penjaga gol dari Sepanyol itu boleh menjadi bintang terbaharu menuju ke Arab Saudi dengan potensi kontrak 250,000 pound (RM1.4 juta) seminggu.
LONDON: David De Gea menjadi sasaran kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr ketika kariernya di Manchester United mencapai titik akhir.
Penjaga gol dari Sepanyol itu boleh menjadi bintang terbaharu menuju ke Arab Saudi dengan potensi kontrak 250,000 pound (RM1.4 juta) seminggu.
De Gea kini menjadi ejen bebas, namun dia masih boleh kekal di Old Trafford jika mencapai kata sepakat dengan syarat baharu Red Devils.
Bagaimanapun pilihan beraksi di Asia Barat cukup menarik, biarpun De Gea bersedia menyelesaikan perjanjian di United walaupun sedar dia bukan lagi pilihan pertama.
Penjaga gol berusia 32 tahun itu menyertai United pada 2011 dan telah membuat 545 penampilan untuk kelab itu selain memenangi gelaran awal pada musim 2012-2013.
Al-Nassr antara kelab yang disokong wang tunai kerajaan Saudi, yang membolehkan mereka menarik Ronaldo apabila bintang Portugal itu meninggalkan Old Trafford musim lalu.
Gergasi Asia Barat itu juga sedang berusaha mendapatkan pemain tengah Inter Milan dan Croatia, Marcelo Brozovic selain mempertimbangkan kemasukan Hakim Ziyech
Pemain tengah Chelsea itu dilaporkan gagal menjalani pemeriksaan perubatan minggu ini kerana masalah lutut.
Ziyech kemudian ditawarkan kontrak dengan gaji lebih rendah, namun menolak tawaran tersebut. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... bung-di-arab-saudi/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|