View: 127|Reply: 0
|
De Jong sasaran terbaharu Guardiola
[Copy link]
|
|
FRENKIE De Jong menjadi sasaran utama Manchester City untuk memperkuatkan bahagian tengah mereka.
MANCHESTER: Pep Guardiola kini menyasarkan Frenkie De Jong pada jendela perpindahan musim panas ini selepas melupakan hasrat membeli Declan Rice.
Begitupun Barcelona menuntut 90 juta pound (RM533 juta) untuk bintang tengah Belanda itu, jumlah yang pada awalnya sedia dikeluarkan oleh City ketika cuba mendapatkan Rice.
Guardiola kini berusaha mencari pemain tengah bagi mengisi kekosongan Ilkay Gundogan yang menolak perjanjian baharu untuk menyertai Barcelona.
Pengendali dari Sepanyol itu membatalkan hasrat membeli Rice kerana harga yang diletakkan West Ham terlalu tinggi berbanding yang sedia mereka bayar, sekali gus membuka laluan kepada Arsenal untuk mendapatkan bintang England tersebut.
Guardiola pernah cuba membeli De Jong pada 2019, sebelum pemain Belanda itu terpengaruh dengan kontrak besar di Camp Nou.
De Jong, 26, juga menjadi sasaran Manchester United yang dibimbing bekas jurulatihnya ketika di Ajax, Erik Ten Hag.
Biarpun memilih untuk kekal di Sepanyol tahun lalu, De Jong kini sedar Barcelona yang terdesak untuk memulihkan kewangan bersedia melepaskan beberapa bintang mereka.
Dia menerima gaji 232,000 pound (1.37 juta) seminggu di Barcelona dan mempunyai baki kontrak tiga tahun. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... erbaharu-guardiola/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|