View: 227|Reply: 0
|
[Perak]
Bekalan air untuk pengairan sahaja dicatu - JPS Perak
[Copy link]
|
|

EMPANGAN Bukit Merah
Ipoh: Hanya bekalan air untuk pengairan sahaja yang terbabit dengan catuan susulan paras air Empangan Bukit Merah berada pada paras kritikal sejak beberapa hari lalu.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan setakat ini bekalan domestik masih tidak terbabit dengan catuan itu.
"Catuan dibuat berdasarkan paras empangan dan ia adalah mengikut prosedur operasi standard Empangan Bukit Merah dan dibuat bagi kawasan yang masih menerima bekalan," menurut JPS.
Menurut JPS kawasan pengairan yang terbabit dengan catuan itu ialah kompatmen E (Alor Pongsu) dan kompatmen F (Bagan Serai) yang disalurkan melalui Terusan Besar.
Selain itu kompatmen G (Selinsing ) dan kompatmen H (Gunung Semanggol) yang disalurkan bekalan melalui Terusan Selinsing juga turut terlibat catuan.
Sementara itu JPS turut memaklumkan air empangan disalurkan ke daerah Kerian dan sebahagian selatan Pulau Pinang (Sg Acheh) bagi mengairi kawasan pengairan melibatkan lapan kompatmen berkeluasan 20 ribu hektar.
"Setakat ini tiga kompatmen telah selesai menerima bekalan air (tutup bekalan) dan selebihnya sedang menerima bekalan air.
"Penyaluran air empangan ini juga disalurkan bagi bekalan air domestik yang diambil oleh Lembaga Air Perak (LAP) di tiga muka sauk iaitu di Loji Gunung Semanggol, Loji Sg Rawa Bagan Serai dan Loji Jalan Baru," menurut kenyataan itu.
Semua bekalan pengairan dan bekalan air domestik ini disalurkan melalui dua terusan utama iaitu Terusan Besar dan Terusan Selinsing.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ja-dicatu-jps-perak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|