View: 163|Reply: 0
|
Eldstal tekad aksi terbaik, mahu pikat Pan-gon
[Copy link]
|
|
ELDSTAL (kiri) menjalani sesi latihan menjelang perlawanan persahabatan bertemu Papua New Guinea pada 20 Jun ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. FOTO GHAZALI KORI
Kuala Terengganu: Terlalu rindukan untuk beraksi dengan skuad kebangsaan selain sukar untuk melupakan sukan bola sepak antara faktor utama pertahanan kebangsaan, Junior Eldstal kembali mewarnai dalam sukan nombor satu itu.
Justeru jelas pemain kelahiran Kota Kinabalu Sabah itu, dengan kepercayaan yang diberikan ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon yang menyenaraikannya dalam kem skuad kebangsaan, dia tekad untuk membuktikan kemampuannya.
Pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 pertama menentang Kepulauan Solomon minggu lalu, pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 32 tahun itu hanya memanaskan bangku simpanan dan dijangka pertemuan kedua berdepan Papua New Guinea Selasa ini, pemain itu bakal membuat penampilan ke-17 bersama skuad kebangsaan.
"Setiap kali dipanggil bersama skuad kebangsaan sejak hampir 10 tahun lalu bermula 2014, saya begitu bangga kerana dapat berkhidmat untuk pasukan negara.
"Namun disebabkan ada sedikit masalah peribadi, saya balik ke London, setahun selepas itu saya begitu rindu untuk bermain bola, rindu bersama pasukan Malaysia dan makanan Malaysia, saya cuba kembali tetapi ternyata ianya sukar mungkin faktor usia.
"Jadi selepas kembali dipanggil Pan-gon, sudah tentu impian saya untuk membantu pasukan Harimau Malaya terutama dalam saingan Piala Asia 2023 pada tahun depan di Qatar jika terpilih dalam skuad.
"Tapi saya sedar posisi pertahanan begitu ramai persaingan, bagaimanapun jika diberi peluang menyarung jersi negara berdepan Papua New Guinea Selasa ini, saya tekad berikan aksi 100 peratus," katanya ketika ditemui pada sidang media di sebuah hotel terkemuka di negeri ini, petang tadi.
Ketika ditanya faktor utama skuad negara kian meningkat bawah kendalian Pan-gon, pemain yang beraksi bersama kelab Prachuap FC dalam Liga Thailand sebelum ini menjelaskan faktor kekeluargaan yang terjalin dalam pasukan adalah salah satu kekuatan pasukan selain keupayaan pemain itu sendiri.
"Kunci peningkatan pasukan Malaysia? Sekarang saya rasa kita rasa macam satu keluarga walaupun banyak cabaran, tapi kita percaya dengan rakan sepasukan, percaya dengan diri masing-masing, kerjasama semua pihak termasuk barisan kejurulatihan.
"Inilah kekuatan yang ada dalam kem pasukan kebangsaan, mental kami pun kuat selain motivasi tinggi," jelas bek tengah berketinggian 1.91 meter itu yang pernah menyarung jersi enam kelab berbeza sebelum ini termasuk Chonburi FC dalam Liga Thailand selama dua musim bermula 2021.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -mahu-pikat-pan-gon |
|
|
|
|
|
|
| |
|