View: 141|Reply: 0
|
Dua gol Fernandes bantu Portugal benam Bosnia
[Copy link]
|
|
FERNANDES (kanan) meraikan jaringannya bersama pemain tengah Portugal, Danilo Pereira. FOTO AFP
Lisbon: Bruno Fernandes meledak dua gol di lewat perlawanan untuk membantu Portugal mencatat kemenangan 3-0 ke atas Bosnia Herzegovina seterusnya mengekalkan rekod sempurna mereka dalam kelayakan Euro 2024.
Bernardo Silva membuka jaringan sejurus sebelum rehat di Estadio da Luz di Lisbon, dan bintang Manchester United Fernandes menanduk masuk gol kedua ketika aksi berbaki 13 minit.
Dia kemudian menjaringkan gol kedua peribadi, dan yang ketiga buat Portugal, pada masa kecederaan.
Portugal sekarang ini menjaringkan 13 gol dan tidak dibolosi ketika memenangi ketiga-tiga perlawanan pembukaan mereka dalam aksi Kumpulan J.
Hasilnya mereka menduduki tempat teratas dalam kumpulan yang terdiri daripada enam pasukan, dua mata di depan Slovakia dan lima di atas Luxembourg, dengan dua pasukan teratas mara ke pusingan akhir tahun depan di Jerman.
Skuad Portugal bimbingan Roberto Martinez bakal berkunjung ke Iceland Rabu ini dengan satu lagi kemenangan akan membawa juara Euro 2016 semakin hampir untuk melayakkan diri.
"Perwatakan kami sebagai satu pasukan adalah menakjubkan tetapi kesukaran bagi kami lebih berkaitan dengan keletihan mental berbanding fizikal," kata Martinez.
Cristiano Ronaldo memakai lilitan kapten dan bermain sepanjang 90 minit ketika pemegang rekod penampilan antarabangsa pemain lelaki berusia 38 tahun itu tampil bersama Portugal buat kali ke-199.
Bagaimanapun, penyerang yang kini bermain untuk Al Nassr di Arab Saudi tidak berjaya menambah rekod 122 gol antarabangsanya – dia menemui jaringan dengan tandukan pada pertengahan separuh masa pertama tetapi dinafikan oleh bendera ofsaid.
"Komitmen Cristiano Ronaldo kepada pasukan kebangsaan adalah satu contoh terbaik," kata Martinez.
"Dia adalah pemain unik dalam bola sepak dunia, dan dia sangat penting dalam bilik persalinan kami."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rtugal-benam-bosnia |
|
|
|
|
|
|
| |
|