View: 194|Reply: 0
|
NL: Mancini akui pemain gagal terjemah taktikal
[Copy link]
|
|
IMMOBILE meledak gol sagu hati buat Itali ketika mereka tewas menentang Sepanyol sekali gus gagal mara ke pentas final. - AFP
ENSCHEDE, Belanda – Ketua jurulatih skuad Itali, Roberto Mancini mengakui pasukannya tidak layak beraksi di pentas final selepas tewas kepada Sepanyol 1-2 pada perlawanan separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah awal pagi semalam.
Pada perlawanan itu, skuad The Azzurri yang juga juara bertahan Kejohanan Euro gagal menyaingi kehebatan Sepanyol yang berjaya meraih gol kemenangan menerusi ledakan Joselu pada minit-minit akhir saingan.
Kata Mancini, skuad La Roja beraksi dengan lebih baik di atas padang dengan anak-anak buahnya pula gagal mempamerkan corak taktikal yang telah diterapkan.
“Saya akui agak kecewa dengan keputusan perlawanan kerana Sepanyol hanya mampu menjaringkan gol kemenangan pada penghujung saingan. Namun, pujian wajar diberikan kepada mereka kerana beraksi dengan lebih baik sepanjang 90 minit.
“Kita sudah membuat persiapan rapi pada awalnya tetapi barisan pemain dilihat gagal menterjemahkan taktikal yang dirancang.
“Saya cuba untuk buat rombakan kesebelasan utama apda separuh masa kedua dengan menggantikan Ciro Immobile dengan Federico Chiesa tetapi masih tidak berjaya.
“Apa yang pasti, saya mahu fokus pasukan kali ini dialihkan pada aksi penentuan tempat ketiga menentang Belanda nanti dan bangkit melakar kemenangan,” katanya.
Sementara itu, Immobile berpendapat pasukan Sepanyol tidak sepatutnya menang kerana gagal mencipta peluang yang banyak dengan perlawanan sepatutnya diheret ke masa tambahan.
“Saya lihat rakan-rakan sepasukan telah bermain dengan baik dan berjaya mengekan asakan lawan. Malah, tidak keterlaluan jika kita sepatutnya dapat meraih keputusan seri pada 90 minit perlawanan,” kata penyerang pasukan Lazio itu. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... -terjemah-taktikal/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|