CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hasrat budak pesakit kanser naik Harley Davidson tercapai

[Copy link]
Post time 17-6-2023 01:00 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Farrel (dua kanan) tersenyum apabila dapat menaiki motosikal Harley Davidson. FOTO Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid

Kuala Lumpur: Hasrat kanak-kanak Muhammad Farrel, 12, yang menghidapi kanser tulang tahap empat untuk menaiki motosikal Harley Davidson tercapai, hari ini.

Bapanya, Mohammad Fetri Abu, 44, berkata, anaknya itu menyuarakan hasratnya untuk menaiki motor berkenaan sebulan yang lalu selepas menontonnya di YouTube.

"Dia beritahu kepada kami nak naik motosikal Harley Davidson selepas menontonnya di YouTube. Alhamdulillah hari ini kesihatan dia ok dan boleh menaiki motosikal walaupun malam tadi dia memaklumkan kepada kami berasa pening serta sakit-sakit badan.

"Selain itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga banyak bantu dan cuba merealisasikan apa yang anak saya nak," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program kemanusiaan 'Humanity Charity Ride 2023' di sini, hari ini.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kingz Motocycle Group dan Media Prima Berhad.

Mengulas lanjut, Mohammad Fetri yang merupakan pengusaha pusat tahfiz berkata, anaknya itu disahkan menghidapi kanser tulang tahap empat pada November tahun lalu.

"Bulan November itu dia mula sakit selepas balik dari sekolah dan mengadu ada terlanggar kawan. Selepas itu kami memberinya ubat biasa seperti tahan sakit tapi tak sembuh.

"Bila doktor buat X-Ray nampak sesuatu yang bukan patah tulang tetapi seperti ketumbuhan.

"Untuk mengesahkan lagi perkara itu, doktor meminta kami pergi ke Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur dan dia disahkan menghidapi kanser tulang tahap empat. Selepas itu dia mula membuat kimoterapi," katanya.



MUHAMMAD Farrel dapat menaiki motosikal Harley Davidson dalam program kemanusiaan ‘Humanity Charity Ride 2023’ di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Pengasas Kingz Motocycle Group, Azulhairi Berkhanuddin berkata, pihaknya mengetahui minat Muhammad Farrel yang merupakan pesakit kanser tulang tahap empat untuk menaiki motosikal Harley Davidson menerusi TikTok.

Disebabkan itu, beliau bersama-sama 29 pemilik motosikal Harley Davidson yang lain mahu membawa murid tahun enam itu meronda sekitar ibu negara pada hari ini.

"Kita mahu membawa Muhammad Farrel sekitar Kuala Lumpur bagi memenuhi impiannya," katanya.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, program yang dianjurkan oleh pihaknya adalah bagi menyantuni dan memberi semangat kepada Muhammad Farrel yang mahu menaiki motosikal Harley Davidson.

Nadzim berkata, dengan usaha yang dilakukan ini, pihaknya berharap ia dapat memberi kekuatan kepada Muhammad Farrel untuk berjuang melawan penyakit yang dihidapinya sejak penghujung tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... y-davidson-tercapai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.767070 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list