View: 172|Reply: 0
|
Treble tidak cukup buat Guardiola
[Copy link]
|
|
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola dan pemilik kelab, Sheikh Mansour (tengah) bergambar dengan ketiga-tiga trofi dimenangi musim ini. - Foto AGENSI
LONDON: Manchester City menjadi pasukan Inggeris kedua memenangi treble minggu lalu, menyertai Manchester United yang melakukannya pada tahun 1999.
Kedua-dua kelab Manchester itu melengkapkan treble dengan memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah dalam satu musim.
Pengendali City, Pep Guardiola bagaimanapun enggan berpuas hati dengan pencapaian yang meletakkannya setanding dengan Sir Alex Ferguson - bekas pengendali United.
City berpeluang melebarkan lagi penguasaan mereka apabila beraksi di Piala Super UEFA pada Ogos menentang Sevilla, diikuti Piala Dunia Kelab FIFA pada Disember untuk bergelar juara dunia.
Anak buah Guardiola diletakkan sebagai pilihan untuk memenangi kedua-dua piala itu, malah amat mengejutkan jika mereka gagal menyempurnakannya.
Kemudian Guardiola berpeluang membuktikan kemampuan mereka di Piala Dunia Kelab pada tahun 2025, kejohanan yang diperluaskan kepada lebih banyak pasukan dari seluruh dunia pada Jun dan Julai tahun itu.
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola bersama trofi Liga Juara-Juara Eropah. - Foto AGENSI
Kontrak Guardiola bersama City tamat pada musim panas 2025, dan kejohanan berkenaan mungkin tugasan terakhirnya bersama City.
Kontrak Ilkay Gundogan tamat pada musim panas ini, Kyle Walker dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain walaupun kontraknya hanya akan tamat tahun depan.
Tahun 2025 pula menyaksikan kontrak beberapa tonggak utama City akan tamat. Antaranya Kevin De Bruyne, Riyad Mahrez, Aymeric Laporte, Nathan Ake dan Bernardo Silva.
Kesemua pemain utama City itu akan berusia lebih 30 tahun dan kemungkinan tidak akan melanjutkan kontrak mereka selepas tahun 2025.
Kini Guardiola perlu memastikan apabila dia meninggalkan City, kelab itu tidak perlu menunggu 10 tahun untuk memenangi trofi - seperti yang berlaku ke atas United selepas ditinggalkan Ferguson pada tahun 2013. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ukup-buat-guardiola |
|
|
|
|
|
|
| |
|