View: 149|Reply: 0
|
Kami sepatutnya jaring lebih banyak gol - Deschamps
[Copy link]
|
|
MBAPPE dan Antoine Griezmann meraikan kemenangan Perancis di Stadium Algarve. FOTO AFP
Faro: Kylian Mbappe menjaringkan gol menerusi penalti ketika Perancis mencatat kemenangan 3-0 ke atas pasukan kerdil, Gibraltar bagi mengekalkan rekod 100 peratus menang dalam kelayakan Euro 2024.
Olivier Giroud yang membantu Perancis muncul naib juara Piala Dunia tahun lalu meledak gol pembukaan di Faro dan Mbappe menjadikan kedudukan 2-0 ketika masa kecederaan separuh masa pertama.
Ketua pasukan Perancis itu kemudiannya terbabit dalam gol sendiri pemain lawan, Aymen Mouelhi untuk melengkapkan jaringan, walaupun Les Bleus mempunyai beberapa peluang lain termasuk mengenai palang sebanyak empat kali.
Kemenangan itu meneruskan rentak cemerlang Perancis yang sebelum ini mengalahkan Belanda dan Republik Ireland Mac lalu sekali gus membolehkan mereka memungut sembilan mata maksimum daripada tiga aksi kelayakan Kumpulan B.
Mereka memiliki kelebihan tiga mata berbanding Greece, yang mengalahkan Ireland 2-1 di Athens dan mempunyai kelebihan satu perlawanan.
Perancis akan menanti kunjungan Greece Selasa ini, manakala Belanda yang sekarang ini terbabit dalam saingan Liga Negara-Negara, mengumpul tiga mata daripada dua perlawanan.
"Objektifnya adalah untuk menang dan menyelesaikan tugas tetapi kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol," kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.
"Kami sentiasa boleh melakukan yang lebih baik dan bermain dengan laju tetapi padang tidak membantu kami.
"Saya akan berpuas hati dengan perkara ini dan mula memikirkan mengenai aksi hari Selasa yang juga perlawanan penting."
Mbappe mendominasi tajuk berita menjelang perlawanan ini selepas mengesahkan dia tidak akan melanjutkan kontraknya di Paris Saint-Germain, yang akan tamat tahun depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... anyak-gol-deschamps |
|
|
|
|
|
|
| |
|