View: 143|Reply: 0
|
Southgate akui England berkualiti
[Copy link]
|
|
PHIL Foden (tengah) cuba melepasi halangan pemain Malta. FOTO AFP
Paris: England meraih kemenangan ke atas pasukan kerdil dalam kelayakan Euro 2024 namun Wales melihat harapan mereka untuk mara ke pusingan akhir tahun depan di Jerman berdepan kesukaran selepas kalah 2-4 di tempat sendiri kepada Armenia.
England kendalian Gareth Southgate menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti ketika mereka menang 4-0 di tempat lawan berdepan Malta yang menduduki ranking ke-172 dunia dan mengekalkan rekod sempurna mereka dalam Kumpulan C.
Pertahanan Malta, Ferdinando Apap tersepak bola ke gawang sendiri selepas Bukayo Saka melakukan hantaran lintang untuk memberi England gol pendahuluan awal dan Trent Alexander-Arnold menjadikan kedudukan 2-0 melalui satu jaringan hebat.
Harry Kane, yang menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman England Mac lalu, meledak gol ketiga melalui sepakan penalti.
Pemain gantian, Callum Wilson kemudian melengkapkan kemenangan hasil jaringan di lewat perlawanan juga menerusi sepakan penalti.
"Sudah tentu kami tahu mempunyai kualiti untuk memenangi perlawanan dan kemudian ia mengenai mentaliti. Saya fikir ia sangat baik sejak dari awal," kata Southgate.
England unggul memungut enam mata mengatasi Ukraine, Itali dan Macedonia Utara, walaupun bermain lebih satu perlawanan.
Ketika Itali terbabit dalam perlawanan akhir Liga Negara-negara, Ukraine mendapat mata pertama mereka dengan kebangkitan yang menakjubkan untuk menang 3-2 di Macedonia Utara.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -england-berkualiti |
|
|
|
|
|
|
| |
|