View: 154|Reply: 0
|
Jerman masih bergelut, terkulai di tangan Poland
[Copy link]
|
|
PEMAIN Jerman kecewa selepas dimalukan Poland. FOTO Reuters
Warsaw: Tuan rumah Euro 2024, Jerman tewas 0-1 di tangan Poland dalam perlawanan persahabatan antarabangsa sekali gus meneruskan rentak mengecewakan ketika kurang daripada setahun kejohanan terbesar benua Eropah itu akan diadakan.
Tandukan melantun Jakub Kiwior menghasilkan kemenangan kedua buat tuan rumah ke atas Jerman dalam tempoh 90 tahun.
Jerman kini hanya memenangi tiga daripada 10 perlawanan antarabangsa terakhir mereka.
Juara Piala Dunia empat kali itu, yang akan menentang Colombia minggu depan dalam perlawanan antarabangsa terakhir mereka, kini mempunyai kurang daripada setahun untuk membina pasukan ampuh untuk Euro di tempat sendiri.
Berikutan penyingkiran di pusingan pertama Piala Dunia yang mengecewakan di Qatar tahun lalu, mereka setakat ini gagal menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang jelas walaupun persembahan separuh masa kedua dipertingkatkan.
Mereka hanya mencatat satu kemenangan ke atas Peru dalam empat perlawanan sejak Piala Dunia.
"Ia masih jauh dan masa yang mencukupi. Saya sangat yakin berhubung dengan jalan yang perlu kita lalui.
"Kami akan mempunyai pasukan yang berfungsi menjelang Jun depan. Ia adalah satu proses yang akan kita lalui bersama. Pasukan bersedia untuk melakukannya.
"Kita berada dalam fasa yang tidak mudah. Kami akan keluar daripada kelemahan ini," kata jurulatih Jerman Hansi Flick.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ai-di-tangan-poland |
|
|
|
|
|
|
| |
|