CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Tok Kancil' siapkan kedai makan sedikit demi sedikit

[Copy link]
Post time 15-6-2023 03:37 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai yang menjamu selera di kedai makan Tok Kancil di Kampung Kuala Pah. FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP

Jelebu: Sejak setahun lalu, warga emas yang senang disapa sebagai 'Tok Kancil' dari Kampung Kuala Pah di sini, gigih menyiapkan kedai makan yang sebelum ini hanya menggunakan payung dan khemah.

Kedai di hadapan rumahnya itu menyediakan juadah sarapan, makan tengah hari dan minum petang.

Tok Kancil atau nama sebenarnya Muhamad Abas, 75, berkata, kudrat tuanya digunakan sepenuhnya bagi mencari nafkah untuk dirinya dan isteri.

Katanya, empat anaknya turut membantu namun dia tidak terlalu mengharapkan mereka memandangkan kesemuanya ada komitmen pada keluarga masing-masing.

"Bagi memastikan kedai makan ini dapat memberi keselesaan kepada pelanggan, saya gigih mencari modal bagi menyiapkannya biarpun secara sedikit demi sedikit.

"Untuk menambah pendapatan, saya turut mencari pucuk paku, mengait petai atau jering serta pelbagai sayuran sebelum dijual kepada penduduk," katanya ditemui.

Menurutnya, dia turut mengupah orang untuk memasang atap memandangkan dia tidak larat untuk melakukannya.

Muhamad berkata, dia perlu berusaha lebih kuat untuk mengumpul kira-kira RM5,000 bagi menyiapkan kedai itu.

Di kedai makan itu, teh atau kopi o dijual pada harga RM1 segelas dan pelanggan tidak dikenakan bayaran sekiranya menambah air berkenaan.

Turut dijual pada harga RM1 adalah air sirap manakala kuih muih pula pada harga 50 sen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... edikit-demi-sedikit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.077022 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list