CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Ibu kutu' pelaburan Saving Sapiza Extra sudah didakwa

[Copy link]
Post time 13-6-2023 06:19 PM | Show all posts |Read mode

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: 'Ibu kutu' yang juga dalang utama pelaburan kutu Saving Sapiza Extra (SSE) sudah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (kesalahan pengambilan deposit).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pendakwaan wanita itu membabitkan empat kertas pertuduhan pada Februari dan Mac lalu.

Menurutnya, satu lagi kertas siasatan sudah mendapat arahan untuk dituduh di bawah Kontinjen Selangor.

"Selain itu, terdapat tiga kertas siasatan membabitkan ejen yang sudah dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan Seksyen 424 KK kerana tiada keterangan secara terus antara pengadu dan suspek utama.

"Masih terdapat 11 kertas siasatan dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya manakala 14 lagi masih dalam siasatan," katanya.

Ramli berkata, setakat ini pihaknya menerima sebanyak 157 laporan berkaitan penipuan itu.

Terdahulu, Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan perkembangan kes pelaburan kutu Sapiza selepas lima bulan penangkapan suspek dibuat pihak berkuasa.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, ia susulan beberapa mangsa tampil kepada pihaknya bagi memohon perhatian dan tindakan selanjutnya daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Malah, katanya, beberapa mangsa juga ingin memberikan maklumat tambahan dengan dokumen sokongan bagi bukti-bukti baru dalam siasatan berkenaan.

"Kita merasakan perlu ada keperluan untuk pihak polis memberikan perkembangan siasatan selepas hampir lima bulan tangkapan dilakukan terhadap suspek berkenaan.

"Ada juga mangsa mendakwa ada pihak ketiga meminta mereka untuk menarik laporan polis. Ini perkembangan tidak sihat.

"Sehubungan itu, kita desak pihak JSJK meneruskan siasatan serta tidak berkompromi dengan mana-mana pihak agar kertas siasatan dapat diselesaikan dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk pendakwaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... extra-sudah-didakwa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.127809 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list