CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 0

[Melaka] Adik beradik jadi ahli sindiket penipuan pinjaman tidak wujud

[Copy link]
Post time 12-6-2023 02:24 PM | Show all posts |Read mode

SEMBILAN ahli sindiket pinjaman tidak wujud didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad


Melaka: Seramai 11 ahli sindiket penipuan pinjaman tidak wujud termasuk dua juvana dituduh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas tujuh tuduh memperdaya tujuh individu.

Sharifah Nur Natasha Syed Mohd Hata, 21; Muhamad Faizal Abdullah, 22; Yap Soon Lin, 23; Muhammad Ikmal Rizal Hamdan, 22; dan adiknya, Muhamad Haiqal, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Turut membuat pengakuan sama adalah Yap Zhen Xiang, Teong Wai Keat dan Goh Chun Rong masing-masing 19 tahun, Lee Yih Hong, 18, dan sepasang remaja yang berusia 17 tahun.

Mereka dituduh menipu Lim Siang Yee, 40; Muhammad Yusof Zakaria, 24; Muhammad Amirul Syafiq Mohd Jamal, 20; Ling Hui Kin, 46; Khairulnisak Abu Bakar, 47; Alief Septian Amat, 21; dan Zarina Ibrahim, 53; untuk mempercayai bahawa mereka akan memberikan pinjaman wang.

Susulan itu, mangsa menyerahkan wang masing-masing dalam nilai berbeza berjumlah keseluruhan RM45,534.74, antara 11 April hingga 20 Mei lalu di Taman Cheng Perdana.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 120(B)(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika disabitkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasaruddin, yang mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Namun Peguam Joel Chua yang mewakili semua tertuduh merayu jaminan dikurangkan mengambil kira anak guamnya tidak bekerja dan masih muda.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM26,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 31 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan penahanan semua tertuduh oleh polis pada 1 Jun lalu susulan aduan diterima daripada remaja, 15, yang mendakwa dipukul dan disamun sekumpulan lelaki.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... injaman-tidak-wujud
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.839509 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list