CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Harga ikan segar meningkat

[Copy link]
Post time 12-6-2023 02:22 PM | Show all posts |Read mode

NORMA Ahmad, 63, (kanan) bersama suami membeli ikan ketika di Pasar Basah Chow Kit, Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad

Kuala Lumpur: Harga ikan dan hasil tangkapan laut terus meningkat berikutan bekalan berkurangan akibat ombak kuat dan angin kencang.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Chow Kit, di sini mendapati peniaga kebanyakan mengakui bahawa mereka terpaksa menaikkan harga jualan bagi menanggung kenaikan kos daripada pembekal.

Peniaga ikan dan makanan laut, Muhammad Arif Syam, 21, berkata, mereka terpaksa menaikkan harga kerana pembekal juga meletakkan harga yang tinggi.

"Sekarang, kami menghadapi kesukaran dalam mendapatkan bekalan yang mencukupi dan kami terpaksa menjual ikan yang telah dibekukan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"Untuk ikan yang beku, tiada peningkatan harga yang dikenakan pada masa ini. Tetapi jika terdapat bekalan untuk ikan segar, kemungkinan harga akan mengalami kenaikan kerana bekalan terhad.

"Seperti ikan tongkol ini harganya RM10 untuk sekilogram, namun jika ikan segar harga mungkin sehingga RM13 untuk sekilogram, katanya.

Seorang lagi peniaga, Omar Mahmudi, 48, berkata dirinya juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan.

"Jika bekalan ikan tersebut terhad dan jumlahnya juga terhad, pembekal akan cenderung untuk menaikkan harga sebagai tindak balas terhadap kekurangan tersebut.

"Contohnya, ikan sardin yang segar biasanya saya jual dalam RM12 tapi disebabkan bekalan pun tengah kurang, jadi saya terpaksa jual pada harga RM14 hingga RM15 sekilogram, " katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, pengunjung pasar, Hafsah Sabudin, 51, berkata, peningkatan harga ikan dan makanan laut telah memberi kesan terhadap perbelanjaan hariannya.

"Saya jual nasi lemak berlauk, sudah tentu peningkatan harga barangan mentah seperti ikan, udang, ketam dan sotong ini akan memberi kesan kepada peniaga kecil seperti kami," katanya.

Selain itu, dia juga menyatakan bahawa dia perlu berjimat dan mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan perbelanjaan bulanannya mencukupi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-segar-meningkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.045084 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list