CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

[Perak] Serangan gajah: Perhilitan pantau SK Pos Perwor

[Copy link]
Post time 11-6-2023 12:49 PM | Show all posts |Read mode

PERHILITAN Perak mengesahkan mengenai serangan kawanan gajah liar ke atas bangunan serata kelengkapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Perwor dekat Lasah, di sini, baru-baru ini. Foto ihsan pembaca Rassidee Rasid

Sungai Siput: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah membuat pemantauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Perwor dekat Lasah, di sini, susulan 'serangan' sekawan gajah, Rabu lalu.

Pengarahnya, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan, membabitkan enam gajah pada 2 pagi.

Bagaimanapun, katanya, 'serangan' itu hanya membabitkan kemusnahan harta benda sekolah dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa terhadap orang awam.

"Beberapa anggota daripada Unit Tindakan Gajah (UTG) sudah meninjau ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat bagi tujuan kawalan dan pemantauan.

"Kawanan gajah itu sudah ditembak halau masuk ke kawasan hutan semula. Kemungkinan kawanan mamalia itu keluar dari habitatnya untuk mencari sumber makanan," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Dalam kejadian itu, sekumpulan enam gajah dikatakan memasuki kawasan sekolah itu menerusi pagar kecil di tepi bangunan kelas prasekolah di situ.

Haiwan itu kemudian merosakkan keseluruhan tingkap, ruangan kelas, dan dapur kelas prasekolah berkenaan, berdasarkan kepada kesan tapak kaki.

Terdahulu, serangan gajah di sekolah itu dimuat naik melalui perkongsian pengguna akaun Facebook (FB) Rassidee Rasid yang dipercayai bekas guru yang pernah mengajar di sekolah itu suatu ketika dahulu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... antau-sk-pos-perwor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.045053 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list