CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

[Perak] Wanita berputih mata, wang RM132,860 lesap, kereta tak dapat

[Copy link]
Post time 8-6-2023 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa pada mulanya terlihat sebuah iklan menjual kereta terpakai di Facebook dan menghubungi pemilik akaun berkenaan.

"Suspek kemudian menghubungi mangsa melalui WhatsApp dengan memperkenalkan diri sebagai penjual kereta dan menghantar gambar kad pengenalan untuk meyakinkan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Mohd Yusri berkata mangsa kemudian diminta membuat bayaran melalui perbankan dalam talian ke akaun bank yang diberikan suspek dan diperdaya tidak boleh membatalkan pembelian atas alasan insurans sudah didaftarkan atas nama mangsa, jika terjadi apa-apa mangsa akan dipertanggungjawabkan.

Mohd Yusri berkata mangsa membuat bayaran keseluruhan 25 kali membabitkan enam akaun bank, dengan jumlah keseluruhan RM132,860, sebelum tersedar ditipu apabila diberitahu rakannya ketika mahu meminjam wang dari rakannya itu.

"Bapa mangsa kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ap-kereta-tak-dapat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.050032 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list