CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 0

[Perak] Ibu bapa, abang dorong kejayaan kembar

[Copy link]
Post time 8-6-2023 02:33 PM | Show all posts |Read mode

Shazuin (kanan) dan kembarnya, Mazuin memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2022. FOTO Ihsan Pembaca.

Slim River: Kejayaan tiga abang selain kegigihan ibu bapa memeras keringat menjual sate untuk menyara keluarga, menyuntik semangat kembar ini untuk belajar bersungguh-sungguh.

Buktinya, Shazuin Jamalos dan kembarnya, Mazuin, 18, berjaya memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2022 yang diumumkan hari ini.

Kedua-duanya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Zulkifli Mohamad di sini memperoleh 8A (Mazuin) dan 6A (Shazuin).

Shazuin berkata, dua abangnya kini bekerja sebagai jurutera petroleum manakala, seorang lagi bergelar doktor dan berkhidmat di Hospital Serdang.

"Ibu bapa kami mementingkan pendidikan dan memberi peluang sama rata kepada kami untuk belajar demi masa depan kami.

"Jika ketiga-tiga abang mampu berjaya dalam pelajaran dan kehidupan, mana mungkin kami tidak mengulangi kejayaan sama," katanya ketika ditemui.

Mazuin pula berkata, keazamannya disuntik selepas melihat ibu bapa Jamalos Teratib, 66, dan Malasiah Alwi, 60, berkerja keras menjual sate bagi menyara keluarga mereka.

"Ibu bapa saya menjual sate sejak 46 tahun yang lalu dan dengan hasil jualan sate itulah yang membesarkan kami lima beradik sehingga berjaya," katanya yang bercita-cita menjadi doktor bersama kembarnya.

Katanya, mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian jurusan pergigian di Mesir, namun memilih belajar di universiti di Cyberjaya dalam bidang perubatan menerusi tajaan biasiswa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ong-kejayaan-kembar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.044924 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list