CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Penonton panik penggera kecemasan pawagam berbunyi kerana asap vape

[Copy link]
Post time 7-6-2023 10:40 AM | Show all posts |Read mode

Penonton keluar dan meninggalkan pawagam apabila penggera kebakaran berbunyi didakwa akibat asap vape. - Foto tular

KUALA LUMPUR: Penonton di sebuah pawagam tempatan, di sini panik apabila penggera kebakaran berbunyi didakwa dicetuskan oleh asap vape.

Menerusi perkongsian di Twitter, pengguna Adam (@amofficialmy) berkongsi video kejadian itu dan meluahkan kekecewaannya terhadap pengguna vape yang menyebabkan penggera kecemasan berbunyi.

"Semalam, saya menyaksikan beberapa penonton yang tidak bertanggungjawab di pawagam.

"Penggera kecemasan berbunyi kerana ada individu yang sedang menghisap vape, menyebabkan keadaan menjadi huru-hara di dalam pawagam," katanya menerusi perkongsian di Twitter.


Rata-rata pengguna Twitter mempersoalkan mentaliti dan sikap individu terbabit yang tidak boleh berhenti menghisap vape walaupun untuk seketika.

"Untuk korang yang hisap vape ni, tak boleh ke ada kesedaran sivik untuk tidak merokok di tempat yang tak sepatutnya. Terutama sekali di ruang pejabat, susah sangat ke nak faham," kata @amier_akim.

"Allahu, patut terajang muka dia sebab menyusahkan orang. Masih tiada kesedaran sivik ye hisap vape dalam wayang. Mentaliti kelas ke berapa ni," kata @thediamondpipaa.

"Perangainya, lepas tu buat muka tak bersalah. Geram pula tengok," kata @jamill12831.

Difahamkan, pihak pengurusan pawagam sudah menahan individu terbabit selepas memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di dewan pawagam.
https://www.bharian.com.my/berit ... yi-kerana-asap-vape
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.336256 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list