CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Selangor] Mengamuk tidak dipanggil 'baby', abang

[Copy link]
Post time 7-6-2023 10:08 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular lelaki tempatan yang mengamuk di sebuah restoran di sekitar Putra Height, kelmarin.

Subang Jaya: Seorang lelaki tiba-tiba mengamuk hanya kerana pekerja sebuah restoran di sekitar Putra Height, di sini memanggilnya dengan gelaran pakcik, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira 9 pagi apabila suspek seorang lelaki tempatan meminta mangsa memanggilnya dengan gelaran abang atau baby.

Menurutnya, tindakan mangsa yang juga seorang lelaki tempatan terus memanggilnya sebagai pakcik membuatkan suspek berang dan bertindak mengamuk lalu membaling makanan serta minuman panas sehingga terkena seorang kanak-kanak berusia empat tahun.

"Selepas mangsa menyerahkan bungkusan makanan dan minuman yang dipesan, suspek terus bertindak agresif dengan menjerit memaki hamun serta mengugut akan merosakkan harta benda serta membuat kacau.

"Suspek turut membaling bungkusan makanan dan minuman panas ke dalam ruang restoran.

"Pengadu (pemilik restoran) membuat laporan hari ini selepas mendapati video berkenaan tular di media sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek juga membaling beberapa kerusi dan menendang meja sebanyak beberapa kali sehingga menyebabkan ketakutan kepada pelanggan yang sedang makan di premis terbabit.

"Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 / 352 Kanun Keseksaan.

"Sebarang maklumat atau pernah berjumpa suspek boleh menyalurkannya kepada Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 0378627100 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Dinesh Ganasan, 01133094457.

"Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ipanggil-baby-abang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.725137 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list