CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 1

Bruce Springsteen Terlentang Jatuh Tangga Ketika Buat Persembahan

[Copy link]
Post time 2-6-2023 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Peminat terkejut melihat Bruce Springsteen terjatuh daripada tangga ketika membuat persembahan di stadium Johan Cruyff Arena di Netherlands, Amsterdam.


Insiden berlaku sewaktu penyanyi legenda itu mahu naik semula ke atas pentas selepas dilihat berada pada bahagian bawah, lapor TheNewYorkPost.




TikTOk




Kejadian tak terduga itu dapat dilihat dalam potongan video yang dirakam secara kebetulan oleh peminat di tempat kejadian, malah video yang dikongsi di TikTok tersebut telah ditonton sebanyak 7.4 juta kali.


Pada saat ramai peminat yang bimbangkan kesihatannya, bintang berusia 73 tahun itu bagaimanapun dilihat bangun dan tidak mengalami kecederaan serius selepas terjatuh.


Pelantun lagu Dancing in the Dark itu malah bercanda dan menyapa peminat selepas terjatuh dengan berkata: “Selamat malam semua.”


Springsteen kemudian menerima tepukan daripada peminat sebelum dia menghabiskan konsert yang berlangsung pada hujung minggu lalu.







Pesohor yang juga terkenal dengan panggilan The Boss bersama E Street Band berada di Johan Crujiff Arena di Amsterdam untuk merilis single terbaru berjudul Ghost.


Mereka menjelajah Eropah, Perancis, Itali, Jerman, London, Olso, Munich, England dan banyak lagi dalam siri persembahan tersebut.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2023 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
omakau terlentang, mujur tak tergolek jatuh pentas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.056579 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list