View: 179|Reply: 0
|
JDT terus berpesta atasi Kuching City
[Copy link]
|
|
FERNANDO Forestieri (jersi putih) meledak dua gol buat JDT untuk kalahkan Kuching City 4-0. - Johor Southern Tigers
JDT terus berpesta atasi Kuching City
KUCHING – Amukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kancah Liga Super musim ini nyata sukar dibendung oleh mana-mana pasukan dan kali ini membelasah Kuching City 4-0 di Stadium Negeri, sebentar tadi.
Tidak hanya mengukuhkan laluan untuk mengekalkan kejuaraan liga, Harimau Selatan musim ini seakan sedang berpesta apabila merekodkan 47 gol hanya dalam 11 perlawanan.
Bintang import JDT, Fernando Forestieri nyata sedang berada pada prestasi terbaik ketika bekas pemain Udinese itu menyumbangkan dua gol buat Harimau Selatan.
Forestieri memastikan pelawat menamatkan tempoh 45 minit pertama dengan lebih selesa, bermula dengan jaringannya seawal minit keempat dan gol kedua pada minit ke-36.
Bersambung babak kedua, Kuching City mempamerkan aksi lebih baik apabila menerapkan permainan lebih terbuka dan menunjukkan keberanian untuk mengatur serangan.
Bagaimanapun, keghairahan tuan rumah mengatur serangan jelas mengundang padah apabila gawang mereka dirobek dua kali dalam tempoh tiga minit menerusi Bergson Da Silva pada minit ke-70 dan Juan Muniz, minit ke-73.
Di Stadium Likas, Sony Norde muncul penyelamatkan Terengganu apabila dua gol dihasilkannya berjaya mengikat Sabah 2-2.
SONY Norde (tengah) muncul wira Terengganu untuk mengikat Sabah 2-2 di Likas. – MFL
Segalanya bermula sempurna buat tuan rumah, memperoleh dua gol menerusi Telmo Castanheira pada minit ke-28 dan diikuti penalti yang disempurnakan oleh Darren Lok (minit ke-37).
Bagaimanapun, kelebihan itu dinafikan oleh gol Norde, masing-masing terhasil pada masa kecederaan setiap babak sekaligus menghadiahkan keputusan seri pertama buat The Rhinos di gelanggang sendiri. – KOSMO! ONLINE
SUMBER:https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... atasi-kuching-city/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|