View: 845|Reply: 8
|
Ghairah Sangat Atas Jalan Pun Nak Bercumbuan, Pasangan Kekasih Tercampak Dari Motor Dirempuh Kereta
[Copy link]
|
|
Padah terlalu ghairah bercumbuan di tengah-tengah jalan ketika menaiki motosikal, sepasang kekasih di Weinan, Wilayah Shaanxi, China teercampak selepas terbabit kemalangan.
Berdasarkan klip vido yang dikongsikan polis di wilayah berkenaan, pasangan itu pada awalnya menunggang motosikal bersama tanpa memakai topi keledar.
YouTube
Lelaki itu kemudian memberhentikan motosikal dinaikinya beberapa kali di jalan yang lenggang untuk menoleh ke belakang dan mencium teman wanitanya yang membonceng di belakang.
Dalam keadaan kedua-duanya leka menikmati saat romantis itu, mereka kemudiannya meneruskan perjalanan sehingga leka untuk melihat lampu isyarat di persimpangan jalan yang dipercayai sudah bertukar kuning.
Akibatnya, sebuah kereta yang datang dari arah kanan melanggar motosikal tersebut menyebabkan kedua-duanya tercampak ke atas jalan.
Video berkenaan kemalangan tersebut yang berlaku pada 21 April lalu itu menunjukkan penunggang lelaki itu terduduk di tepi jalan dan kelihatan tidak mengalami cedera parah manakala wanita itu pula terbaring dan tidak mampu untuk bangun.
Selepas tular, video itu menimbulkan perbincangan hangat di platform media sosial.
Tiada rasa simpati daripada netizen yang menyifatkan bahawa kemalangan itu sebagai satu 'perpisahan yang sebenarnya'.
Sumber: Majoriti |
|
|
|
|
|
|
|
Nak thrill sangat ke dik pastu end ke dalam ambulans ne no ne no ke hospital.
|
|
|
|
|
|
|
|
So pakai jacket terbalik atas motor tu budaya Chinese ke? |
|
|
|
|
|
|
|
wuiiyoooo
fast and fulioussss |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 17-5-2023 05:15 PM
So pakai jacket terbalik atas motor tu budaya Chinese ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Biar jerlah...byk mkn babi sgt tu psl jd lembam mcm tu kt jln raya |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta tu dah lama rancang, couple tu yg lalai... |
|
|
|
|
|
|
| |
|