|
Wanita neekad memotong kemaluan suaminya kerana enggan bercerai dalam satu kejadian di Kota Solo di Jawa Tengah, Indonesia.
Ketua Polis Kota Solo, Iwan Saktiadi berkata, insiden terbabit dilaporkan berlaku pada Selasa petang.
Kompas
Menurutnya, mangsa berusia 20 tahun, manakala suspek merupakan isteri berumur 34 tahun.
Jelasnya, pertengkaran tercetus ketika mereka mencari ibu bapa mangsa di Sukoharjo, Jawa Tengah.
Susulan pergaduhan itu, kata Iwan, mangsa memaklumkan mahu berpisah dan meminta isterinya untuk pulang ke Bali bersendirian dengan menaiki bas.
"Suspek menaiki bas, namun dalam perjalanan dia cuba menghubungi mangsa untuk kembali bersama dan bertemu di hotel," katanya.
Mengulas lanjut, Iwan berkata, mangsa datang ke hotel dan tidur sebelum suspek mengambil pisau dan memotong kemaluan mangsa sehingga terjaga dan menjerit kesakitan.
"Selepas kejadian, suspek panik dan menghubungi penyambut tetamu hotel serta membawa mangsa ke hospital," katanya.
Susulan kejadian, suspek ditahan di Balai Polis Jebres untuk merakamkan keterangan.
"ada masa ini, suspek dan bahan bukti telah diserahkan ke Unit Siasatan Jenayah Polis Solo untuk siasatan lanjut.
Sumber: mStar |
|