View: 152|Reply: 0
|
Sheikh Jassim perbaiki tawaran beli United
[Copy link]
|
|
Pemandangan di luar Stadium Old Trafford dekat Manchester, England. Pertarungan untuk membeli kelab berkenaan masih berlangsung hingga kini. - AFP
MANCHESTER, United Kingdom: Pemilik bank dari Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani sudah memperbaiki tawaran bagi membeli Manchester United daripada keluarga Glazer, kata sumber yang rapat kepada AFP hari ini.
Sheikh Jassim sedang bertarung dengan tawaran membeli kelab berkenaan bersama jutawan British, Jim Ratcliffe selepas kedua-dua mereka muncul pencabar bagi membeli gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Ratcliffe tampak berada di depan selepas pusingan ketiga ditutup bulan lalu.
Pengasas syarikat kimia INEOS itu yang juga peminat United sejak kecil, dilaporkan membuat penilaian lebih tinggi ketika dia mahu memegang majoriti saham.
Bagaimanapun tawarannya masih boleh membenarkan pengerusi eksekutif bersama, Avram dan Joel Glazer untuk kekal melabur dalam Red Devils - keputusan yang jelas tidak popular dalam kalangan penyokong.
Sheikh Jassim sebaliknya mahukan kawalan 100 peratus terhadap kelab itu dan berjanji untuk menghapuskan hutang United sebanyak £970 juta (RM5.465 bilion).
Keluarga Glazers, gagal memenangi hati penyokong selepas berhutang £790 juta (RM4.451 bilion) berikutan pengambilalihan pada 2005, tampak akan mendapat untung besar selepas menawarkan peluang pelaburan pada November.
Bagaimanapun mereka dilaporkan menanti tawaran rekod dunia £6 billon (RM33.81 bilion) buat kelab bola sepak itu sebelum bersetuju untuk menjualnya. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... tawaran-beli-united |
|
|
|
|
|
|
| |
|