|
ANAK perempuan pelakon terkenal Hollywood, Jamie Foxx memaklumkan, bapanya telah "keluar dari hospital beberapa minggu lalu dan kini berada dalam fasa pemulihan."
Aktor filem Ray ini dimasukkan ke hospital di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada 11 April lalu selepas mengalami "komplikasi perubatan," menurut anak perempuannya, Corinne Foxx.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut diberikan.
Corinne berkongsi "kemas kini daripada keluarga" di ruangan InstaStory susulan laporan media yang memetik kenyataan rakan-rakan memohon agar mendoakan kesejahteraan Foxx yang juga pemenang Anugerah Oscar itu.
"Sedih melihat bagaimana media menjadi liar," tulis Corinne.
"Ayah saya keluar dari hospital selama beberapa minggu, dalam pemulihan. Malah, dia bermain pickleball semalam! Terima kasih atas doa dan sokongan semua orang! Kami juga akan mengumumkan satu pengumuman yang menarik minggu depan!"
Minggu lalu ahli keluarga Foxx nya hanya meminta ruang buat mereka pada minggu lalu menerusi akaun media sosial rasmi aktor itu.
"Menghargai segala kasih sayang!!!" kata hantaran itu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|