CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

De Bruyne kembali perkuat City

[Copy link]
Post time 6-5-2023 11:27 AM | Show all posts |Read mode

Kevin De Bruyne. - Getty Image

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memberi bayangan Kevin De Bruyne akan kembali memperkuatkan pasukan itu pada pertemuan menentang Leeds United dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam ini.

De Bruyne terpaksa diketepikan ketika City mencatat kemenangan ke atas Fulham dan West Ham selepas mengalami kecederaan ketika menentang Arsenal, 26 April lalu.

Pemain tengah Belgium itu kembali menjalani latihan, kelmarin dan Guardiola, berkata ia tidak akan mendatangkan risiko untuk meletakkannya kembali beraksi di Stadium Etihad, malam ini.

"Dia sudah kembali berlatih semalam, dia menunjukkan petanda positif. Hari ini kami berlatih dan akan buat keputusan selepas latihan," kata Guardiola kepada pemberita, semalam.



"Kalah atau kehilangan khidmatnya untuk tempoh satu minggu atau 10 hari pada peringkat ini tidak menjadi masalah. Perkara yang sama berlaku dengan Nathan (Ake). Jika dia cergas, dia boleh bermain."

City yang memburu kejuaraan kelima dalam tempoh enam musim berpeluang mendahului empat mata buat sementara waktu di depan Arsenal yang berada di tangga kedua jika mereka berjaya menewaskan Leeds.

The Gunners berdepan ujian getir apabila berkunjungr ke Newcastle yang menghuni tangga ketiga, esok - perlawanan yang berpotensi untuk menentukan kejuaraan musim ini.

City yang turut memburu gelaran treble akan mengharungi aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, awal pagi Rabu ini. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... embali-perkuat-city
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.297010 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list