|
Pemain Everton, Alex Iwobi (kanan) menjaringkan gol ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City di Stadium King Power, Leicester. - Foto REUTERS
LEICESTER, United Kingdom: Alex Iwobi membantu Everton mengikat Leicester 2-2, tetapi The Foxes yang berjaya keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.
Iwobi menjaringkan gol penyamaan babak kedua di Stadium King Power selepas James Maddison mensia-siakan peluang untuk meletakkan Leicester 3-1 di depan apabila sepakan penaltinya diselamatkan Jordan Pickford.
Dominic Calvert-Lewin membuka jaringan untuk Everton menerusi sepakan penalti, tetapi Leicester bangkit dengan gol Caglar Soyuncu dan Jamie Vardy.
Leicester, yang menang sekali dalam 12 perlawanan terakhir liga, keluar dari zon penyingkiran berdasarkan perbezaan jaringan.
Pemain Leicester City, Jamie Vardy (tengah) menjaringkan gol ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Everton di Stadium King Power, Leicester. - Foto REUTERS
The Foxes, juara Liga Perdana Inggeris 2016, sedang berjuang untuk mengelak daripada kembali beraksi di Liga Kejuaraan buat pertama kali selepas sembilan tahun.
"Kami terlepas penalti untuk 3-1, tetapi kami juga tidak beraksi baik di babak pertama. Kami sedar keputusan hari ini tidak akan menggambarkan apa yang berlaku.
"Kami keluar dari zon penyingkiran, tetapi masih ada empat perlawanan berbaki," kata pengendali Leicester, Dean Smith.
Everton, yang kali terakhir beraksi di divisyen dua pada tahun 1954, kekal di tangga ke-19.
Skuad kendalian Sean Dyche itu hanya satu mata di bawah garis selamat dengan kesemua lima kelab tercorot berbaki empat perlawanan. - AFP
Penjaga gol Everton, Jordan Pickford menyelamatkan sepakan penalti James Maddison ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City di Stadium King Power, Leicester. - Foto REUTERS
Reaksi pengendali Everton, Sean Dyche. - Foto AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... rton-ikat-leicester |
|