CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4806|Reply: 5

Kelate Juara Ragbi NATIONAL SEVENS 2010

[Copy link]
Post time 6-12-2010 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Kelate Juara Ragbi NATIONAL SEVENS 2010



Nazreen Fitri Nasrudin, flyhalf Kelantan dipilih pemain terbaik National Sevens 2010

SEREMBAN - KELANTAN sekali lagi dinobatkan sebagai Juara 7 Sepasukan Kebangsaan  setelah mengungguli semua perlawanan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan Piala Ung Khek Cheow di Padang Majlis Perbandaran Seremban lewat petang semalam. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari mulai 4 Disember 2010 turut mempertandingkan  Piala Remaja B19 KRM-Milo yang disertai oleh hampir semua negeri dan wilayah persekutuan.

Kelantan menepati ramalan setelah membariskan 6 pemain sukan Asia Guangzhou di dalam skuad tersebut. Dalam pertemuan akhir Piala Ung Khek Cheow, Kedah yang turun dengan harapan untuk menebus kekalahan tahun 2009 ternyata hampa setelah ditewaskan oleh Kelantan dengan lima try berbalas satu.

Kedah melakukan sepak mula mengatur serangan pantas ke atas pasukan Kelantan namun ianya gagal menyaingi kehebatan gandingan 'enam serangkai' yang baru pulang dari China akhir bulan lalu. Pemain prop kebangsaan, Mohd Shahir Ashraf Rosli berjaya melepas melakukan try pertama Kelantan seawal minit ke-2' dan dua minit kemudian pemain scrumhalf Kelantan, Mohd Saizul Hafiz Md Noor terus membenam Kedah dengan try kedua.

Kelekaan Kelantan pada minit ke-6' telah membuka peluang untuk Kedah menjaringkan try pertama mereka. Pemain sayap Kedah Nas Affie Mohd Salleh berjaya melepasi kawalan pemain back Kelantan, Mohd Saizul Hafifi Md Noor dan melakukan try di hujung penjuru kanan padang. Separuh masa pertama Kelantan mendahului Kedah 14-5.

Kelantan terus mengasak di separuh masa kedua dan berjaya melakukan 3 lagi jatuhan try pada minit ke-14', minit ke-18' dan minit ke-19'masing-masing oleh Mohd Nazreen Fitri, Mohd Khairul Azhar Md Noor dan Mohd Shahir Ashraf Rosli.

Empat tendangan konversi berjaya di sempurnakan oleh Kelantan iaitu 3 melalui Mohd Nazreen Fitri dan 1 oleh Mohd Anuar Che Wahab. Kelantan dinobat juara kejohanan ragbi 7 sepasukan kebangsaan setelah menewaskan Kedah (33-5).

Bagi kejohanan 7 sepasukan kebangsaan Piala Remaja B19 KRM-Milo, Negeri Sembilan B19 yang diwakili oleh pemain-pemain dari Kelab De' Perpatih terus unggul mempertahankan takhta kejuaraan setelah berjaya menang bersih ke atas Kedah B19 (35-0)

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama  Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar. Turut hadir sama, Presiden KRM Dato' Wira Amiruddin Embi, Naib Presiden Kehormat KRM Dato' Abdul Halim Karim dan Presiden NSRU Tuan Hj Abd Jalil Borhanudin.

KEPUTUSAN PIALA UNG KHEK CHEOW 2010

Johan Cup : KELANTAN menewaskan Kedah (33-5)

Tempat ke 3/4 : ATM menewaskan N Sembilan (39-0)

Johan Plate : TERENGGANU tewaskan Johor (10-5)

Johan Bowl : PERAK menewaskan Putrajaya (14-0)

KEPUTUSAN PIALA REMAJA B19 KRM-MILO 2010

Johan Cup : N SEMBILAN menewaskan Kedah (35-0)

Tempat ke 3/4 : KELANTAN menewaskan Selangor (12-5)

Johan Plate : PUTRAJAYA tewaskan Johor (19-12)

Johan Bowl : MELAKA menewaskan Perak (19-14)

www.sukandaily.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2010 05:45 PM | Show all posts
tahniah la, tp sukan ragbi bukan popular sangat di malaysia, apatah lg kelantan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2010 11:03 PM | Show all posts
tahniah la, tp sukan ragbi bukan popular sangat di malaysia, apatah lg kelantan
sekngucing Post at 7-12-2010 17:45


Mungkin saudara jarang update dgn perkembangan sukan ragbi tempatan. Biasalah sukan yg kurang publisiti di kalangan media massa tetapi tidak bagi komuniti ragbi tempatan, asian maupun antarabangsa. Kelate memang dari dulu antara top 3 rating tinggi bagi fav team yg akan menang.

Tahniah & terima kasih diucapkan pada www.sukandaily.com.my . dapat mengubat rindu untuk yg selama ini tercari cari perkembangan ragbi tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 10:52 PM | Show all posts
mesti sedara ni jenis bodi2 sedak, tu minat main ragbi
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 09:19 AM | Show all posts
dulu2 tau budok2 main ragbi mostli budok2 skoloh smsi, sic, faris. skoloh2 tok ddengar pulok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2010 11:23 AM | Show all posts
Gambar gambar kejayaan

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 02:45 PM GMT+8 , Processed in 1.471026 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list