CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 535|Reply: 2

'Ini Baru Contactless Delivery' - Rider Layankan Permintaan Pelanggan Suruh Tinggal Makanan Dalam Lift

[Copy link]
Post time 20-4-2023 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Tular kisah penghantar makanan di TikTok menceritakan dia menerima pesanan daripada seorang pelanggan yang menetap di sebuah pangsapuri yang mahu memudahkan urusan penghantarannya.


Kebiasaannya pesanan melibatkan kediaman bertingkat memerlukan rider untuk naik ke aras atas dan menghantar makanan sehingga ke depan pintu rumah pelanggan.


Walaupun begitu, ternyata pelanggan ini mempunyai caranya tersendiri untuk mengambil makanan daripada rider tsersebut.








"Boleh letak je makanan dalam lift dan tekan tingkat 12, letak je mana-mana dalam lift, boleh encik?" kata pelanggan itu melalui mesej ringkas yang tertera pada skrin telefon pintar rider tersebut.


Perkara ini memudahkan urusan rider serta menjimatkan masa kerana rider tidak perlu bersusah-susah untuk naik ke atas, membuat penghantaran sehingga depan pintu dan kemudian turun semula dari pangsapuri.


"Kau tengok ni mat, macam ni pun boleh mat, tinggal makanan dalam lif lepas tu tekan tingkat 12.


"Customer cakap tak perlu susah-susah nak naik, aku pun tak sampai hati nak tinggal makanan atas lantai tapi nak buat macam mana customer yang suruh buat.


"Enjoy je la, benda pun dah letak, semoga selamat sampai makanan tu dekat ataslah ya," kata rider itu.


Dalam video itu dapat dilihat rider tersebut meletakkan dua bungkusan plastik merah berisi makanan dan minuman di atas lantai lif dan kemudian menekan butang ke tingkat 12.


Rider itu seterusnya meninggalkan lif tersebut dan tugas penghantaran makanannya sudah selesai.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya cuba berteka-teki mengapa pelanggan tersebut bertindak sebegitu.


"Aku rasa aku tahu kenapa dia buat macam tu, dia introvert dan dia tak nak jumpa orang langsung.


"Ini baru contactless delivery yang sebenar.


'Ini mungkin customer perempuan dan dia datang bulan, order makanan tapi segan la nak jumpa depan-depan, nanti orang senang-senang je kecam tak puasa," kata sebahagian warga maya.



Tidak kurang juga ada warga maya yang sangsi adakah makanan itu akan tiba ke destinasinya di tingkat 12.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2023 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ada sakit kulit kut maybe.
Or jenis malas jumpa orang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana la dia tinggal tu sebab the fact yang makanan tu takkan hilang dalam lif membuktikan kawasan dia tinggal tu selamat dan takde hamlau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.071189 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list