CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 492|Reply: 3

Lelaki Selamba Merokok Di Stesen Minyak, Siap Hulur Tangan Keluar Tingkap Pegang Puntung Menyala

[Copy link]
Post time 17-4-2023 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Tular sebuah video di Twitter memaparkan seorang lelaki berada di dalam keretanya di pam minyak dengan tangan terjulur keluar daripada tingkap samnbil memegang puntung rokok.


Perkara itu mengundang kemarahan ramai kerana jika berlaku kejadian tidak diingini ekoran dari kedegilan lelaki itu ia bukan hanya melibatkan dirinya sahaja tetapi orang awam di sekelilingnya juga.


Pemilik video itu juga sempat merakam kelibat lelaki terbabit serta nombor pendaftaran kenderaan untuk dijadikan rujukan.






Difahamkan dia bagaimanapun tidak mengambil sebarang tindakan untuk menegur lelaki tersebut dan membiarkannya menghabiskan rokok sebelum berlalu pergi.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat tindakan lelaki itu boleh diibaratkan seperti mahu 'membunuh diri'.


"Satu perbuatan yang akan menyusahkan ramai orang. Sebelum meletup, baik lari dulu.


"Tolong bawa video ni ke balai polis, boleh disabitkan di bawah undang-undang dan bagi pengajaran sikit dekat pakcik ni.


"Kalau owner video tegur mungkin akan bertumbuk, kita kena faham," kata sebahagian warga maya.




Sumber:mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan bodoh. Mujurlah tak mati rentung [em:6:]
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 10:05 AM | Show all posts
makneng: Jantan bodoh. Mujurlah tak mati rentung  

kalau rentung sorang ok aje no hal
ni ramai2 plak berjemaah terbako

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 04:48 PM | Show all posts
Kejadah ini tukang rakam. Dah la tak berani tegur. Bila cuba viralkan pula cuma setakat gambar tak jelas saja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.036420 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list