CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

Letak harta atas nama ibu, bekas isteri Hakimi gigit jari

[Copy link]
Post time 15-4-2023 05:12 PM | Show all posts |Read mode


HAKIMI menamakan semua hartanya atas nama ibunya. FOTO Agensi

London: Bekas isteri pemain bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi, Hiba Abouk gagal memperoleh separuh daripada kekayaannya selepas Hakimi dilaporkan tidak mempunyai apa-apa harta atas namanya, lapor akhbar Sepanyol, Marca.

Menurut laporan itu, Hiba meminta separuh daripada harta dan kekayaan Hakimi ketika memfailkan cerai, namun dia dimaklumkan Hakimi tidak mempunyai apa-apa harta atas namanya dan semua aset yang dimilikinya adalah atas nama ibunya.

Laporan itu menambah bahawa ibunya adalah penerima gajinya.

Menurut laporan oleh Morocco World News, Jun lalu, pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu adalah pemain bola sepak Afrika yang keenam menerima gaji tertinggi iaitu lebih daripada AS$215,000 (RM1.1 juta) seminggu.

Hakimi menghadapi pertuduhan merogol selepas seorang wanita berusia 24 tahun melakukan dakwaan itu pada Februari lalu.

Polis membuka siasatan berhubung kes itu walaupun mangsa dikatakan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia hanya mahu 'membuat kenyataan dirogol' tanpa mengemukakan aduan rasmi.

Bulan lalu, Hiba buat kali pertama bersuara berhubung dakwaan rogol terhadap Hakimi apabila berkata dia akan sentiasa berada di sisi mangsa.

Dia juga memutuskan untuk berpisah dengan Hakimi sebelum suaminya itu berdepan dakwaan merogol, tetapi tidak menjelaskan sebab di sebalik perpisahan itu.

Hiba, dikenali Hakimi pada 2018 ketika dia beraksi untuk Dortmund di Jerman, berusia 12 tahun lebih tua daripadanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-hakimi-gigit-jari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.039388 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list